Rabu, 30 Disember 2009

Semua Baru

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya. Besok muncul tahun baru 2010 yg penuh cabaran. Nampaknya untuk tahun baru ni banyak benda2 baru yg sudah dialami dan akan dialami. Aku sudah mula berkerja di tempat baru dan sedang mencari rumah sewa "baru" di sekitar Sg. Buloh atas permintaan isteri. Anak yg akan mula bersekolah juga menuntut peralatan dan pakaian baru. Baru-baru ini tiaraku dah masuk bengkel dan mungkin tersadai selamanya dek sebab tak baru....

Jumaat, 11 Disember 2009

Suasana di KL

Lapor diri bertugas semula di Pejabat JMG petengahan november. Cabaran kerja dan suasana ulang-alik ke pejabat adalah satu pengalaman baru. Rupanya bukan setakat jalannya jem dengan kenderaan, sistem komuter dan LRT juga jem dengan penumpang pada waktu puncak. Bersesak tanpa mengira jantina, lebih dari "tin sardin" penuh dengan aroma pada waktu petang. Jalan penyelesaiannya adalah datang awal dan balik awal??

Ditempatkan dibahagian Penyelarasan Operasi, dah tak sampai 2 minggu kena assign kesana kemari, sibuknya hingga ke akhir tahun. Tahun depan 2010 entahlah macam mana. Jadi betulah gurauan pada isteri yang kemungkinan post ni "outstation" lebih kerap daripada sebelumnya. Jalan penyelesaiannya carilah rumah yang dekat adik-beradik/saudara.

Selasa, 1 Disember 2009

Raya Korban

Agak kelam kabut rupanya raya korban tahun ni. Sebabnya macam2; viva MSc yg ditunda hampir 3 kali akhirnya dibuat sehari sebelum hari raya. Walau bagaimanapun alhamdullilah semuanya dah selesai.


Bergambar bersama2 panel viva

Balik ke kelate agak kelam kabut pada sebelah petang dengan jalan yang sesak sebagaimana kebiasaan saban tahun. OOo rupanya itulah cabaran warga Kelate yg berkerja di KL (aku tak hadapi masalah sebelum ni kerana tempat keje dulu di Perak dan Kedah) Bertolak dari KL jam 5 ptg dan sampai di Kuala Krai jam 3.30 pagi, dah tak larat utk ke KB so beraya je kat rumah adik di KK. Satu sejarah dlm hidup ditempa kerana sebelumnya belum pernah beraya tanpa kelurga disisi. Akhirnya minta isteri datang join dari KB utk beraya di KK.

Ahad, 22 November 2009

Banjir dan Bah

Banjir adalah lumrah dikawasan pantai cahaya bulan atau kelantan amnya. Tahun ni masih sama suasananya. Semasa meninggalkan bandar kota bharu semalam banjir 2nd wave sedang melanda. Balik ke KB sebelumnya untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan urusan namun hampir semuanya tergendala.

Urusan di Pejabat tanah di Kuala Krai dibatalkan kerana "DO" tersangkut banjir di Sg Durian. Kawasan yang sekian lama menjadi penanda aras bila banjir melanda. Walaupun menjadi laulan utama tapi saban tahun masih sama, mungkin bila dapat royalti minyak jalan tersebut boleh di upgrade.

Kenduri kawin Fauzul dan sally di Paloh Rawa juga tersangkut selepas 2 kali meredah air dan tempat ketiga penduduk "warning" airnya diparas paha? so patah balik. Untuk Fauzul "Selamat Pengantin Baru" dan merasai warna-warna "Kelantan" salah satu aturcara rasmi dalam kelandernya.

Kita merancang tapi Allah juga merancana dan rancana Allah yang terbaik kerana pasti ada hikmahnya disebalik peristiwa yang berlaku......

Sabtu, 14 November 2009

Ayah tiada yang seumpamamu

Lirik drp penasyid kanak2 diperolehi semasa browse internet
cukup terkesan dihati jika dihayati dgn perasaan yg mendalam


http://www.youtube.com/watch?v=MvuXihFaMQo

Ketika berjauhan masih ku rasa
Hangat kasihmu Ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu
Hadir menemani ku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diri ku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
Kau setia mengajar ku erti kekuatan

Terpancar kebangaan dalam senyummu
Melihat ku berjaya
Bila ku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat kau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diri ku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
Kau setia mengajar ku erti kekuatan


Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diri ku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diri ku kehampaan
Kau setia mengajar ku erti kekuatan

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah
Tanpa kau disisi
Semua kasih sayang kau curahkan
Tersemat di hati.....

Selasa, 27 Oktober 2009

Tiara : Exchange atau Eksyen

Kalau nak diikutkan pujukan Abg Pa dah lama Tiara aku dijual padanya untuk dijadikan spare part. Namun memandangkan harga jualan teramatlah rendah berbanding kos belian dan penyelenggaraan, maka aku masih menggunakannya, alah lagi pun hutang dah langsai tak kena bayar loan lagi.

Awal tahun ni kerajaan mengumumkan ada program "Exchange" iaitu kereta lama melebihi 10 tahun layak mendapat potongan RM5000 untuk tukaran pembelian kereta Nasional. So kereta lama tu kena lupus. Pikir pun pikir, baik exchange coz kalau jual cara biasa pun tak dapat harga macam tu, tambahan pula dapat kereta baru, orang kelate kata boleh "eksyen" sikit, cuma tambah hutang lagi

Akhirnya jumpa salesman proton dan buat urusan berkaitan namun ada satu masalah lagi coz belum tukar nama kat geran. Oklah tukar nama kat JPJ, sijil lupus kat Puspakom submit semula. Tup tup salesman call, alamak Proton dah buat syarat baru lepas 6 bulan tukar nama baru boleh buat exchange. Aku mengamuk kat salesman kalau dah ada syarat tu bagi taulah awal-awal tak payah aku buat urusan menyusahkan aku, so kena tunggulah lagi

Buat masa ni Tiaraku masih setia bersamaku, nak "Exchange" tak dapat nak "Eksyen" pun melepas...


Tiara posing kat Putrajaya

Rabu, 21 Oktober 2009

Tiara dan Abang Pa

Proton Tiara jenama kereta nasional yang kini telah tergolong dalam kelas "antik" kerana bilangan cuma terhad dan spare part juga agak payah nak dapat. Kalau nak beli sekarang depa offer "beli satu dapat satu" or satu pakai satu spare. Aku ada sebijik yang asalnya kepunyaan adik ipar dan disambung bayar kat bank hingga selesai, tapi kat geran tak tukar nama.

Kereta yg tersadai hampir setahun dan sempat ditenggelami air bah hingga paras 3/4 tayar tahun 2004 tapi, Allhamdulillah masih berfungsi setelah dapat sentuhan Abang Pa Pomen, mekanik tetap Tiaraku. Mekanik yg tak jemu2 mengodek tiaraku untuk beberapa pengubahusian sehingga tak meragam lagi terutama radiator yg cepat "panas" menyebabkan suhu naik.

Satu kelebihan pomen melayu terutama Abg Pa ialah amat cermat, teliti dan selagi part boleh pakai selagi tu beliau tak tukar walaupun macam-macam "bunyi" ada. Kalau tukar pun maknanya part tersebut dah lunyailah jawabnya,(tapi kalau mekanik cina tukar on the spot). Ayat yang selalu Abg Pa guna 'aah boleh lagi tahan 6 bulan ko lebih' pakailah dulu, dek kerana itu acapkali Abg Pa datang "menziarahi" aku yg tersadai kat tepi jalan :-( . So dek kerana asyik merepair tiaraku akhirnya Abg Pa beli jugak sebijik... dah jadi geng.

Walaupun kekadang ada sikit masalah kecil tapi memandu tiara ini agak selesa kerana aircond cepat sejuk dan suspension yg baik. Tiara inilah yg kubawa ulang alik dari Kedah-KB, KL-KB-KL dan beberapa perjalanan jarak jauh untuk kerjaluar, sehingga ramai yg hairan dengan ketahanannya... bagi aku dah byk laburkan kat tiara ni so belasah je le... kalau meragam Abg Pa ada.

Tahun 2008 dpt samb belajar kat UPM, tiarapun ikut sama jadi warga kota. Kat sini dapat pomen baru Yakob namanya, antara mekanik terawal bekerja dgn Proton, tapi dah bukak bengkel sendiri. Banyak tips dia bagi pasal tiara, tapi sekali sekala balik KB tiara ni kena g mengadap Abg Pa jugak. Pernah sekali pada Mei 2008 aku bagi tau Abg Pa, gear box bunyi semacam je boleh ke nak bawa g KL nih.... so lepas servis dia kata confirm boleh dan akhirnya sampai ke KL lagi tiaraku. Segala macam bunyi pekakkan telinga sahaja.

Genap hampir 6 bulan, pukul 5.30 pagi dalam perjalan balik setelah mengambil isteriku di stesen bas kajang, tiara tiba2 meragam enjin hidup tapi kereta tak bergerak, tersadai lagi dan akhirnya Yakob dipanggil dan ditunda kebengkelnya. Panggilan talipon dari Yakob menconfirmkan yang gearboxlah masalahnya, ayatnya buat aku terkedu ialah "bang gearbox keta abg ni betul2 dah jadi macam sup gearbox", apa tidaknya bila dibuka rupa-rupanya separuh kandungan minyak telah bercampur air. Yakob pun hairan mana datangnya air.... aku rasa mungkin air bah dulu kut, dan dengan keadaan itulah tiara yg kubawa ke hulu dan ke hilir sebelumnya. Nasib baik tak jadi kat tengah2 perjalanan KL-KB.

Ohh Abang Pa....., walau bagaimanapun itulah major servis terakhir utk tiaraku

Jumaat, 16 Oktober 2009

Adakah kita membantu peniaga muslim? Renungan

Perihatinkah kita terhadap nasib bangsa melayu muslim yang menjalankan perniagaan yang tentunya bersaing sesama sendiri dan khususnya bersaing dengan bangsa lain terutamanya kaum cina. Kalau dahulu kita sering diwar-warkan orang melayu kuat hasad dengkinya dalam perniagaan, main bomoh segala utk pelaris, Insyallah diera moden ini segalanya kini mungkin telah berubah.

Tapi "ADAKAH" kita dan keluarga kita menjadikan dalam diri kita "KEUTAMAAN" peniaga-peniaga melayu muslim ini dalam memilih produk atau perkhidmatan. Ataupun dengan perbandingan hanya "kedai melayu mahal cuma 30 atau 40 sen" kita beralih kepada peniaga bangsa cina. Atau dengan perkhidmatan lebih kualiti "sikit" kaum cina ini kita menolak untuk memilih bangsa sendiri?

Sedarkah kita disebalik "sedikit" kenaikan kos oleh peniaga melayu ini adalah disebabkan oleh pembuatan & pembekalan produk dan perkhidmatan hampir sebahagian besar dikuasai oleh kaum cina. Hatta jika kita perhatikan "makanan halal" pun dibuat oleh kaum bukan islam. Sungguh pelik ya dan bagaimana pula dengan statusnya, pihak berkuasa pun ada batas dan ketakupayaan utk buat penguatkuasaan selalu. Satu pepatah menyebut "kalau tak tipu itu bukan cina berniaga" so bayangkanlah.

Maka merekalah yang menentukakan harga pasaran. Kalau belian stok secara pukal maka harganya lebih murah. Mana mungkin peniaga runcit melayu dapat beli stok yang banyak, yang mampu hanya stok kecil atau secara runcit menyebabkan mereka terpaksa menaikan kos barangan.

Sedarkah kita walaupun "terpaksa" membayar harga yang lebih mahal sebenarnya kita ini telah membantu peniaga melayu muslim ini. Tambahan pula peniaga yang membayar "ZAKAT" perniagaan yang tentunya dinikmati pula oleh "ASNAF" yang berhak dan menyumbang kepada pembangunan ISLAM. Bayangkan duit kita diberikan kepada peniaga bukan islam ini kemana perginya????? tentunya sia-sia.....

Oleh itu tanamkan dalam minda kita, hati kita dan seluruh keluarga kita terutama anak-anak kita, latihlah mereka ini dan jadikan peniaga melayu muslim sebagai "KEUTAMAAN" dalam berbelanja. Walaupun kadang kala kita terpaksa berputar-putar utk mencari kedai mereka yang tersorok disebalik "kepungan" kedai bukan islam.


Peniaga ISLAM no1

Selasa, 22 September 2009

Aidil Fitri 1430

Aidil Fitri 1430 kali ini kami sekeluarga menyambutnya buat pertama kali tanpa ayahnda tersayang. Agak jangal sedikit rasanya, aturcaranya juga agak bercelaru kerana selalu pagi hari raya pertama biasanya kami berkumpul di rumah ayah, namun kali ini masing2 yang berkeluarga beraya di rumah mertua masing2 dan termasuk aku. Cuma yang tinggal dirumah adalah adik2 aku yang belum berkahwin Zamri, Eman dan Atie manakala Umi, ibu tiriku beraya kampung bersama2 adiknya kerana beliau yang sulung kerana ibubapanya juga telah kembali kerahmatullah.

Kami berkumpul kembali di Tanah Merah pada hari raya kedua dan paginya menziarahi kubur ayah dan cik (arwah ibu) dan menghadiahkan bacaan Yassin pada keduanya semuga ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin




Aku raya ni sempat juga melengkapkan rumah ini dengan perabut
baru setelah agak lama duduk bersila......


Posing skit kat sofa baru



Bapa dan Mak mertuaku

Selasa, 18 Ogos 2009

Kemas Kotak

Sudah agak lama buku-buku berada dalam kotak, sejak hidup yang asyik berpindah randah. Mula berkerja di ipoh, 1994 dan kemudian ke alor setar 1996. Di alor setar sempat pula pindah rumah hampir 4 kali kemudian pindah ke kelantan 2005. Mulanya tinggal bersama mertua dan Alhamdullilah pindah ke rumah sendiri pada 2007. Shahihnya akan berpindah lagi penghujung tahun 2009 ke KL?. Begitulah lumrah kerja, peluang pindah lagi masih terbuka.......

Hajat utk melihat buku yg sudah lama tersimpan akhirnya tercapai pada 15 Ogos 2009. Memakan masa hampir 2 hari baru selesai mengemas.

Sebahagian buku tersimpan dalam kotak (sebahagiannya rosak dek banjir)

3 set almari dari kayu getah, cantik jugak

So operasi keje mengemas lee selama 2 hari

Selosailah sudah


Jumaat, 7 Ogos 2009

Mari menderma

Tanggal 30 Julai yang lalu Sek. Rendah Islam An-Nur /Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur di mana Muhamad Nurhafiz belajar buat sekian kalinya lagi mengadakan jamuan laksa bagi mengisi tabung pembangunan Kompleks Tarbiyyah An-Nur. Acara ini merupakan acara tahunan bagi pembinaan kompleks tersebut memandangkan sekolah ini tidak menerima bantuan kerajaan dan beroperasi sepenuhnya melalui kutipan yuran pelajar dan derma dari orang ramai.

Pembinaan dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan kewangan dan kutipan derma orang ramai. Pembinaan sepenuhnya kompleks akan melibatkan sebuah masjid 2 tingkat, bangunan 4 tingkat untuk kelas pengajian dan asrama.

Kepada yang ingin menderma tuan/puan bolehlah memberikan sumbangan cek atau bank-in atau menggunakan kemudahan internet banking ke akaun ;

Atas Nama : Sek. Ren. Islam An-Nur
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Kota Bharu)
No. Akaun : 03018010047320


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pn. Salina Abd. Kadir (019-9831053/09-7442539)

Pelancaran tabung Kompleks Tarbiyyah An-Nur (tahun sebelumnya)

Pandangan keseluruhan (tahun 2008), tapak pejabat
lama merupakan tapak masjid

Sisi kanan (sebahagian dijadikan pejabat)


Kelas-kelas pengajian dan asrama

Jumaat, 31 Julai 2009

Lawatan Hanoi, Vietnam

Jauh perjalanan luas pandangan dan pengalaman. Semenjak dari mula remaja, semasa berkerja dan sesudah berkeluarga aku kerap "travel" samada di dalam negeri atau luar negeri. Pada 25-28 July 2009 lepas, Alhamdullilah aku berkesempatan melawat ke Hanoi, Vietnam bersama isteri kerana beliau mendapat insentif pelancongan MLM yang disertainya.

Vietnam yang dahulunya negara komunis telah bertukar kepada sosialis. Mempunyai 85 juta penduduk yang kebanyakan adalah petani, merupakan pengeksport beras ke-2 terbesar selepas Thailand. Di Hanoi penduduk hampir 9 juta, berugama buddha, kristian dan lain2, Islam <0.5%. Perbandingan masa di sana lewat sejam dari Malaysia dan cuaca hampir 35 darjah celcius semasa lawatan

Hari pertama-kedua (25-26July) Bertolak dari KLIA ke Noi Bai Airport. Kami dibawa bersiar menaiki trishaw di sekitar 36 old quaters (tempat shopping) dan menonton water puppet yang dikatakan cuma terdapat di Hanoi.


Melawat ke University terawal di Hanoi yang dibina pada tahun 1010


Tugu peringatan Ho Chi Minh, ramai betul rakyat vietnam datang melawat



Hari ketiga 27 July dibawa ke Ha Long bay (Dragon Landing) sebuah kawasan peranginan yang telah dicadangkan utk dimasukkan dalam world wonders. Kawasan ini merupakan pemandangan Bukit Batu Kapur yang bersiri dengan bentuk2 yang unik. Kami dibawa belayar menyusuri kawasan berkenaan sambil menikmati fresh seafood.



Hari keempat kembali ke Malaysia dan terus dapat cuti semester emergency kerana student UPM dijangkiti H1N1

p.s: Insyallah lepas ni nak rancang g Bandung or Changmai/Changrai

Evolusi Kamera

Pepatah mengatakan "Picture tell thousand word". Kamera adalah antara peralatan digunakan untuk merakam gambar. Sepanjang perjalanan dalam kehidupan aku banyak gambar-gambar yang telah diambil maupun untuk koleksi keluarga, keraian, kelahiran, perkahwinan, kerjaya dan lawatan dsb. Gambar-gambar ini tersimpan dalam album, digantung di dinding atau tersimpan didalam folder komputer. Jenis kamera yang digunakan juga sudah berevolusi dari analog ke digital.


Kamera X300s yang digunakan kebanyakan semasa field work ini sebenarnya kepunyaan isteri (Haslinda), menghasilkan gambar yang cantik namun ianya mengalami kerosakan "shuttle", sudah diperbaiki tapi masalah masih berulang dok tunggu budget lain naik repair....


Kamera Z70 adalah gantian disebabkan kamera analog terdahulu "tenggelam" kerana tidak menjangkakan paras air melepasi paras pinggang semasa menuruni bot (kamera tambat kat belt). Masih berfungsi cuma "sound"nya menyebabkan orang menoleh kat kita... almaklum semua dah digital



Kodak Digital dibeli coz tak tahan tengok member2 sume dan pakai digital. Masih baru dibeli dalam 2 minggu, dok tengah godek dan baca manual. Spesifikasi masa beli tak kira sangat sebab, kawan offer agak murah dari harga asal so blasah saja. Sempat rakam gambar masa g Hanoi, Vietnam

p.s : Kalau ada budget dok mengidam Canon EOS1000

Jumaat, 22 Mei 2009

Antara Yang Tersirat dan Tersurat

Catatan bagi meluahkan pengalaman dan perjalanan hidup yang berlaku sepanjang hampir dua tahun yang lalu iaitu bermula dari penghujung 2006.

Aku menerima surat tawaran melanjutkan pengajian sarjana pada tarikh yang sama keberangkatan aku dan isteri bagi menunaikan rukun islam yang kelima ke Makkah Al Mukaramah iaitu pada 22 November 2006. Panggilan dari Pn. anishah semasa aku berada di Kelana Jaya bertanyakan nak terima tak tawaran ni?... aku pun dalam terpinga2 minta beliau uruskan seadanya, maklumlah kerana kelulusan ini adalah selepas temuduga kali 4 dan umur dah mencapai kouta maximum kelayakan JPA. Aku mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah swt

Selama hampir 44 hari berada di tanah suci aku kembali ke Malaysia pada Januari 2007. Kembali bertugas semula sebagaimana biasa disamping membuat persediaan bagi melanjutkan pengajian serta memenuhi syarat ditetapkan oleh JPA iaitu menghadiri kursus QA di Intan. Oleh kerana tawaran ini adalah untuk keluar negara jadi satu lagi kursus BTN perlu dihadiri. Syarat lain ialah lulus kelayakan bahasa Inggeris iaitu IELTS or TOEFL. Betungkus lumus ambil exam sehingga 4 kali namun masih gagal mencapai kelayakan minimum JPA iaitu skor 6.5 bagi IELTS, aku cuma setakat dapat skor 6.0. Walau bagaimanapun banyak pengalaman dipelajari dan kawan diperolehi sepanjang tempoh berkursus dan exam antaranya "Awang" adalah antara teman sembang agak aktif hingga kini.

Rezeki atau qadha dan qadar telah ditentukan oleh Allah swt cuma kita perlu menilai apakan yang tersirat dan tersurat di sebaliknya. Dalam kes aku ini misalnya sebenarnya tawaran dari ITC telah diterima tetapi syarat dari JPA pula tidak lepas. Maka pohon ke UTAS pula, namun lain pula ceritanya iaitu syarat UTAS tak lepas tapi JPA pula sudah memberikan kelulusan. Aku jadi serba salah, akhirnya setelah perbincangan dengan keluarga dan arwah ayahnda maka aku memilih untuk ke UPM dan mendaftar pada 26 Disember 2007

Antara kata-kata arwah ayah yang masih terngiang ditelinga, katanya 'takpo lah kat malaysia saja pun sebab kalau ada gapo-gapo jadi senang'. Ayah kembali kerahmatulah pada 22 November 2008 iaitu semester kedua aku di UPM atau tepatnya semasa cuti semester kerana ayah berpesan tunggu aku balik baru beliau nak pergi ke hospital. Keadaan beliau sebenarnya terjejas dan uzur iaitu mengalami gastrik dan pening kepala bermula pada pertengahan ramadhan. Alhamdullilah aku sempat menjaga arwah ayah sepanjang tempoh keuzurannya sehingga kembalinya kerahmatullah dan sempat menyelesaikan banyak perkara yang belum sempat disempurnakan semasa hayatnya iaitu semasa tempoh keuzurannya. Ada pelajaran yang dapat dimanafatkan daripadanya, iaitu sebolehnya selesaikan semasa masih hidup terutama berkenaan 'harta'.

Jadi kalau ada yang bertanya kenapa tak ke oversea mungkin ini adalah antara yang telah tersirat dan tersurat kerana hanya Allah yang lebih mengetahui. Kini aku masih lagi di UPM cuba menamatkan pengajian sarjana. Mohon sambung lagi satu semester bagi mencukupkan 4 semester dan kelulusan diperolehi sehingga 15 November 2009, kalau tiada aral 16 November 2009 masuk pejabat semula......

Namun pejam celik pejam celik aku belum lagi start menulis untuk project, literature review hampir saban hari dibaca dan dikumpul. Pesanan dari Dr. Vijay dari wokshop effective writting ; 'do not find time to write but allocate time'. Masalahnya aku banyak allocate time untuk menulis 'hal-hal lain' dari project

Aku sekarang dalam mood 'sprinter' dan bukan lagi dalam mood 'marathon'. Hari-hari mendatang adrenalin aku makin meningkat.....

Khamis, 14 Mei 2009

Apa yang jatuh dari siling

Keadaan cuaca sudah menjadi agak tidak menentu sekarang. Bulan Mei biasanya bermulanya musim kemarau di sebelah pantai timur namun hujan masih turun seolah-oleh masih berada di musim tengkujuh. Selang dua tiga hari hujan akan turun samada di sebelah pagi atau petang. Atap rumah yang bocor semenjak musim tengkujuh lalu belum dibaiki, jadi setiap kali hujan turun terpaksa menadah baldi. Dah minta tukang betulkan tak jugak datang-datang, nampaknya kena baiki sendiri

So nak baiki sendiri takut jadi tikus baiki labu, jadi mintak tolong pak saudara sebelah isteri yang di panggil Pok Su umur dalam lingkungan 50 tahun. Gayat juga dok tempat tinggi tambahan pula rumah dua tingkat. Setelah hampir sejam berada di atas bumbung Pok Su bagi tau dia nak betulkan dari bawah bumbung, tak sampai lima belas minit kedengaran bunyi bising seakan kayu patah dan Pok Su menyebut nama Allah beberapa kali diakhiri dengan derap jatuhan pada lantai. Aku yang berada di atas bumbung panik dan sudah menjangkakan yang Pok Su jatuh dari siling. Aku dapat melihat dari atas bumbung, melalui siling yang berlubang dengan Pok Su yang terlentang di atas lantai tak bergerak-gerak.

Aku lantas turun dari bumbung mendapatkan Pok Su yang sudah mula bergerak. Cuba membetulkan badannya dan menanyakan bahagian yang sakit takut ada bahagian yang patah. Alhamdullilah tiada bahagian badan yang cedera atau patah, cuma Pok Su mengadu bahagian paha merasa sengal-sengal kerana masa jatuh tadi secara mengiring di sebelah kanan. Katanya nasib baik tak ada perabut dibahagian lantai kalau tidak tentu lagi parah. Syukur Alhamdullilah kalau tak, tak tahu lah apa akan jadi.

Selepas keadaan agak tenang aku memandang semula ke syiling yang pecah,dengan ketinggian syiling hampir 12 kaki daripada paras lantai, entahlah tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaanya semasa dia jatuh dan tanpa kecederaan dan masih mahu meneruskan kerjanya. Walau bagaimanapun aku memintanya tidak meneruskan kerja dan berehat sahaja.

Di dalam hati dan perasaan aku kagum dengan kekentalan mental dan fizikal Pok Su yang pada aku tidak mengeluh sakit pun semasa aku bertanyakan akan keadaannya. Umur yang dah setengah abad tapi masih kuat untuk buat kerja-kerja lasak. Kalau dibanding dengan aku yang banyak buat kerja-kerja ringan, rasanya kalau jadi macam tentu patah riuk tulang. Malamnya aku menziarahi Pok Su dan kesan jatuh siang tadi dirasainya membuatkan susah untuk berdiri, sengal-sengal di paha. Keadaanya semakin pulih setelah di bawa ke klinik dan berurut. Insyallah semuga cepat semuga kerana masih banyak "Projek" menanti beliau.

Sabtu, 9 Mei 2009

Lata Rek

Cuti semester bermula semenjak 27hb April, aku kembali ke KB untuk bersama-sama keluarga untuk seketika sebelum menyambung semula "Project" untuk final semester nanti. Memikirkan project pun satu hal, proposal pun masih belum dimuktamadkan oleh supervisor. Apa2 pun balik kampung dulu.... lepas tu cerita lain

Balik rumah rupanya banyak agenda sudah menunggu, tambahan pulak ada dua cuti umum yang berdekatan ie Hari Pekerja dan Wesak. Sudah menjadi tradisi acaranya ialah memenuhi jemputan kenduri atau "backwoh" istilah orang kelate. So termasuklah pihak sekolah yang mengadakan pelbagai acara untuk pelajar dan guru., termasuklah sekolah bini aku ada pekhemahan kadet. Katanya buat apa dok kat rumah, anak pun dok asrama baik temankan dia ke Lata Rek.

Lata Rek yang agak sinonim dengan aku kerana aku membesar disekitar daerah Kuala Krai. Daerah yang selalu dijelajahi oleh arwah ibu yang bergiat dalam MLM dan aku biasanya sebagai drivernya. Namanya Lata Rek dikenali kerana ianya merupakan kawasan perkelahan atau kawasan jeram. Adapun kawasan jeram ini merupakan sebahagian tambakan untuk janakuasa mini hidro untuk penduduk sekitar. Namun persekitarannya sekarang tak secantik dahulu.

Berbalik pada perkhemahan kadet tadi, so bini bagi tau kena tidur dalam khemah. Aku yang dah agak kerap tidur dalam khemah disebabkan urusan kerja rasa lain macam pulak..... maka jadinya bini tidur dalam khemah, aku berkhemah dalam kereta saja.. aircond ada muzik pun ada

Ahad, 3 Mei 2009

Bidang Penulisan

Satu bidang yang memerlukan skil dan kebolehan yang merupakan anugerah Allah swt. Nampak semacam senang untuk menulis, tak kiralah panjang atau pendek sesuatu penulisan kekadang jenuh juga memerah otak mengeluarkan idea. Penulisan yang spontan mungkin agak simple atau tulis sahaja apa yang terbuku dihati. Walau bagaimanapun jika penulisan teknikal mungkin perlu sedikit pembacaan atau kajian lanjutan kerana ianyanya lebih kepada fakta.

Aku ini rasanya dalam bidang penulisan mungkin dikira agak kurang menyerlah. Agak sukar untuk menulis untuk memerah idea atau mungkin juga kerana kurangnya membaca. Ahh memang sedari kecil aku cukup agak malas untuk menulis, jika kerja rumah adalah karangan maknanya tak siap le kerja tu. Semasa berpacaran pun rasanya kalau menulis surat cinta tu terpaksa "pause" dulu sehari dua baru siap itu pun rasanya tak lebih dua mukasurat. Era sms kena tiap teks buat aku rimas itu sebabnya aku lebih suka bercakap dari menaip.......

Melihat dan membaca penulisan blog dari kawan2 kekadang rasa seronok pulak bila mendapat perkhabaran berita, cerita terkini, gosip ...... . Kemudahan internet membantu capaian pantas maklumat membuat aku juga ingin mencuba potensi diri untuk menulis. Aku cuba untuk mencabar diri ini bagi bolehkan aku menulis. Buat masa ini aku tulis apa saja yang terbuku dihati dalam blog ini "Anjung Setia" ...... Allahuallam

Jumaat, 1 Mei 2009

Pengorbanan

Setiap hari dan setiap detik mungkin kita akan melakukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, kasih sayang dan sebagainya. Tapi adakah bebaloi setiap pengorbanan yang telah kita lakukan. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui tindakan yang telah lakukan akan kesan dan akibatnya

Aku sendiri sepanjang penghidupan ini amat berterima kasih atas pengorbanan kedua ibubapa ku. Cik yang melahirkan dan ayah yang membesarkan dan memberikan pendidikan sehingga menjadi apa yang KU kecapi kini. Tapi berbaloikah balasan dan pengorbanan aku terhadap kedua ibubapaku? Semoga Allah swt tempatkan keduanya bersama para Nabi dan orang-orang beriman.

Menuntut ilmu perlu banyak pengorbanan rupanya terutama bila sudah berkeluarga. Pengorbanan dari pihak isteri, suami dan anak-anak yang kadangkala terpaksa berjauhan. Namun setiap pengorbanan yang ikhlas pasti penghujungnya ada kemanisan dan kejayaan Insyallah.

Sabtu, 7 Februari 2009

JAMUAN DAN KENDURI



Majlis makan adalah antara atucara yang tidak ketinggalan dalam apa jua sambutan di Malaysia. Sempena pertukaran Pengarah dan saya telah diadakan 2 Majlis oleh pihak JMG Kelantan dan Kelab. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sesuatu yang agak berat sebagaimana ungkapan 'Hujan batu di negeri orang Hujan emas di negeri sendiri'. Namun berada dibumi Kelantan yang cuma bertahan 3 tahun 8 bulan dan 18 hari (Perak 2 tahun dan Kedah 10 tahun), walau bagaimanapun syukur Alhamdulilah jika dibandingkan mereka-mereka yang belum lagi mendapat peluang tersebut.

Mungkin satu hari nanti masih terbuka peluang untuk kembali ke Bumi Cik Siti Wan Kembang lagi, rezeki siapa yang tau.

Khamis, 15 Januari 2009

Pindah Naik Pangkat

Pindah memang selalu berpindah.Sudah 3 negeri di tempatkan Perak, Kedah dan Kelantan. So bila naik pangkat pindah jugak tapi kemana? Tanggal 15 Januari 2009 surat menyusul ditempatkan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Itulah rezeki namanya semuga Allah swt permudahkan segala urusan. Naik pangkat semasa cuti belajar itu satu hal lagi tapi biarlah sekarang keadaan yang menentukan yang penting adalah tumpuan untuk menamatkan MSc dengan jayanya, InsyaAllah.

Sambung Belajar

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China atau bekalan akhirat adalah ilmu yang bermanafaat untuk diri dan ummah. Berbekalkan iltizam dan semangat itulah aku bertekad untuk menyambung pelajaran semasa dalam perkhidmatan kerajaan. Agak payah juga kerana perlu melalui temuduga sehingga kali 4 empat baru rezeki mendatang. Maklumlah di taja JPA dan bergaji penuh tentulah rumit sikit bukan.

'Bukan mudah untuk senang' banyak dugaan dari pilihan cuma di U local sebelumnya gagal dan akhirnya apply untuk ke oversea dapat pula. Walau bagaimanapun akhirnya sambung MSc di dalam negeri jua bermula 24.12.2008 dan itulah rezeki namanya yang sudah tersurat. Sebagaimana pandangan arwah ayahanda semasa ditanya pada beliau katanya 'biarlah sambung di dalam negeri sebabnya kalau ada apa-apa bencana dan kesulitan mudah untuk urusannya. Mungkin arwah ayahanda sudah mempunyai firasat akan keadaan beliau kerana genap setahun belajar ayahanda kembali kerahmahtullah pada 13.12.2008. Alhamdullilah agak banyak masa yang dapat disempurnakan bersama arwah ayahanda sepanjang cuti belajar. Semuga rohnya dan bonda dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah swt bersama-sama orang yang beriman. Amin

p.s : Ramai yang bertanya kenapa tak ke oversea? Berat mata memandang berat lagi bahu memikul