Selasa, 27 Oktober 2009

Tiara : Exchange atau Eksyen

Kalau nak diikutkan pujukan Abg Pa dah lama Tiara aku dijual padanya untuk dijadikan spare part. Namun memandangkan harga jualan teramatlah rendah berbanding kos belian dan penyelenggaraan, maka aku masih menggunakannya, alah lagi pun hutang dah langsai tak kena bayar loan lagi.

Awal tahun ni kerajaan mengumumkan ada program "Exchange" iaitu kereta lama melebihi 10 tahun layak mendapat potongan RM5000 untuk tukaran pembelian kereta Nasional. So kereta lama tu kena lupus. Pikir pun pikir, baik exchange coz kalau jual cara biasa pun tak dapat harga macam tu, tambahan pula dapat kereta baru, orang kelate kata boleh "eksyen" sikit, cuma tambah hutang lagi

Akhirnya jumpa salesman proton dan buat urusan berkaitan namun ada satu masalah lagi coz belum tukar nama kat geran. Oklah tukar nama kat JPJ, sijil lupus kat Puspakom submit semula. Tup tup salesman call, alamak Proton dah buat syarat baru lepas 6 bulan tukar nama baru boleh buat exchange. Aku mengamuk kat salesman kalau dah ada syarat tu bagi taulah awal-awal tak payah aku buat urusan menyusahkan aku, so kena tunggulah lagi

Buat masa ni Tiaraku masih setia bersamaku, nak "Exchange" tak dapat nak "Eksyen" pun melepas...


Tiara posing kat Putrajaya

Rabu, 21 Oktober 2009

Tiara dan Abang Pa

Proton Tiara jenama kereta nasional yang kini telah tergolong dalam kelas "antik" kerana bilangan cuma terhad dan spare part juga agak payah nak dapat. Kalau nak beli sekarang depa offer "beli satu dapat satu" or satu pakai satu spare. Aku ada sebijik yang asalnya kepunyaan adik ipar dan disambung bayar kat bank hingga selesai, tapi kat geran tak tukar nama.

Kereta yg tersadai hampir setahun dan sempat ditenggelami air bah hingga paras 3/4 tayar tahun 2004 tapi, Allhamdulillah masih berfungsi setelah dapat sentuhan Abang Pa Pomen, mekanik tetap Tiaraku. Mekanik yg tak jemu2 mengodek tiaraku untuk beberapa pengubahusian sehingga tak meragam lagi terutama radiator yg cepat "panas" menyebabkan suhu naik.

Satu kelebihan pomen melayu terutama Abg Pa ialah amat cermat, teliti dan selagi part boleh pakai selagi tu beliau tak tukar walaupun macam-macam "bunyi" ada. Kalau tukar pun maknanya part tersebut dah lunyailah jawabnya,(tapi kalau mekanik cina tukar on the spot). Ayat yang selalu Abg Pa guna 'aah boleh lagi tahan 6 bulan ko lebih' pakailah dulu, dek kerana itu acapkali Abg Pa datang "menziarahi" aku yg tersadai kat tepi jalan :-( . So dek kerana asyik merepair tiaraku akhirnya Abg Pa beli jugak sebijik... dah jadi geng.

Walaupun kekadang ada sikit masalah kecil tapi memandu tiara ini agak selesa kerana aircond cepat sejuk dan suspension yg baik. Tiara inilah yg kubawa ulang alik dari Kedah-KB, KL-KB-KL dan beberapa perjalanan jarak jauh untuk kerjaluar, sehingga ramai yg hairan dengan ketahanannya... bagi aku dah byk laburkan kat tiara ni so belasah je le... kalau meragam Abg Pa ada.

Tahun 2008 dpt samb belajar kat UPM, tiarapun ikut sama jadi warga kota. Kat sini dapat pomen baru Yakob namanya, antara mekanik terawal bekerja dgn Proton, tapi dah bukak bengkel sendiri. Banyak tips dia bagi pasal tiara, tapi sekali sekala balik KB tiara ni kena g mengadap Abg Pa jugak. Pernah sekali pada Mei 2008 aku bagi tau Abg Pa, gear box bunyi semacam je boleh ke nak bawa g KL nih.... so lepas servis dia kata confirm boleh dan akhirnya sampai ke KL lagi tiaraku. Segala macam bunyi pekakkan telinga sahaja.

Genap hampir 6 bulan, pukul 5.30 pagi dalam perjalan balik setelah mengambil isteriku di stesen bas kajang, tiara tiba2 meragam enjin hidup tapi kereta tak bergerak, tersadai lagi dan akhirnya Yakob dipanggil dan ditunda kebengkelnya. Panggilan talipon dari Yakob menconfirmkan yang gearboxlah masalahnya, ayatnya buat aku terkedu ialah "bang gearbox keta abg ni betul2 dah jadi macam sup gearbox", apa tidaknya bila dibuka rupa-rupanya separuh kandungan minyak telah bercampur air. Yakob pun hairan mana datangnya air.... aku rasa mungkin air bah dulu kut, dan dengan keadaan itulah tiara yg kubawa ke hulu dan ke hilir sebelumnya. Nasib baik tak jadi kat tengah2 perjalanan KL-KB.

Ohh Abang Pa....., walau bagaimanapun itulah major servis terakhir utk tiaraku

Jumaat, 16 Oktober 2009

Adakah kita membantu peniaga muslim? Renungan

Perihatinkah kita terhadap nasib bangsa melayu muslim yang menjalankan perniagaan yang tentunya bersaing sesama sendiri dan khususnya bersaing dengan bangsa lain terutamanya kaum cina. Kalau dahulu kita sering diwar-warkan orang melayu kuat hasad dengkinya dalam perniagaan, main bomoh segala utk pelaris, Insyallah diera moden ini segalanya kini mungkin telah berubah.

Tapi "ADAKAH" kita dan keluarga kita menjadikan dalam diri kita "KEUTAMAAN" peniaga-peniaga melayu muslim ini dalam memilih produk atau perkhidmatan. Ataupun dengan perbandingan hanya "kedai melayu mahal cuma 30 atau 40 sen" kita beralih kepada peniaga bangsa cina. Atau dengan perkhidmatan lebih kualiti "sikit" kaum cina ini kita menolak untuk memilih bangsa sendiri?

Sedarkah kita disebalik "sedikit" kenaikan kos oleh peniaga melayu ini adalah disebabkan oleh pembuatan & pembekalan produk dan perkhidmatan hampir sebahagian besar dikuasai oleh kaum cina. Hatta jika kita perhatikan "makanan halal" pun dibuat oleh kaum bukan islam. Sungguh pelik ya dan bagaimana pula dengan statusnya, pihak berkuasa pun ada batas dan ketakupayaan utk buat penguatkuasaan selalu. Satu pepatah menyebut "kalau tak tipu itu bukan cina berniaga" so bayangkanlah.

Maka merekalah yang menentukakan harga pasaran. Kalau belian stok secara pukal maka harganya lebih murah. Mana mungkin peniaga runcit melayu dapat beli stok yang banyak, yang mampu hanya stok kecil atau secara runcit menyebabkan mereka terpaksa menaikan kos barangan.

Sedarkah kita walaupun "terpaksa" membayar harga yang lebih mahal sebenarnya kita ini telah membantu peniaga melayu muslim ini. Tambahan pula peniaga yang membayar "ZAKAT" perniagaan yang tentunya dinikmati pula oleh "ASNAF" yang berhak dan menyumbang kepada pembangunan ISLAM. Bayangkan duit kita diberikan kepada peniaga bukan islam ini kemana perginya????? tentunya sia-sia.....

Oleh itu tanamkan dalam minda kita, hati kita dan seluruh keluarga kita terutama anak-anak kita, latihlah mereka ini dan jadikan peniaga melayu muslim sebagai "KEUTAMAAN" dalam berbelanja. Walaupun kadang kala kita terpaksa berputar-putar utk mencari kedai mereka yang tersorok disebalik "kepungan" kedai bukan islam.


Peniaga ISLAM no1