Sabtu, 14 Ogos 2010

Nostalgia Bandar Penawar, Kota Tinggi

Bandar Penawar satu tempat yang sedikit sebanyak meninggalkan kenangan manis semasa menjalankan praktikal lapangan semasa di tahun 3, UKM. Lokasi yang berdekatan dengan pantai peranginan Desaru dan lombong "bauksit" di Penggerang atau Teluk Ramunia yang dicatat dalam buku ilmu alam/ geografi. Sebenarnya kami berempat iaitu aku, Gulsh, Yati dan Ayu (sekarang Dr. Rohayu) diasign ke sana.

Hampir 2 bulan berpraktikal disana dan sempat mendapat keluarga angkat. Arwah Pak Cik Mohamad dan Anjang, bersama-sama anak-anaknya Along, Lee, Ina,Jun, Nani dan Ida. Aku amat akrab dengan adik sehingga semasa buat kerjaluar terpaksa bawa "assistant" yang merengek nak mengikut. Walaupun tidak lama di sana tapi kami masih berhubungan cuma untuk bersua muka agak susah. Hampir 20 tahun cuma sekali berkesempatan berjumpa itupun kerana bakal isteri (Linda) pada masa itu juga berpraktikal di Johor Baharu.



Pada tahun ni, Jun 2010 adik aku Zamri pun bertemu jodoh dengan orang dari Bandar Penawar (Felda Bukit Tunggal). Walau bagaimanapun mungkin tiada rezeki lagi untuk aku bersua dgn Anjang dan adik-adik kerana pada tarikh berkunjung ke sana masing juga sibuk dengan undangan keluarga. Yang hanya sempat ziarah rumah yang pernah aku tinggal semasa bepraktikal di sana.


Angin Lintang

Angin Lintang - cerita yang biasa didengar cuma jarang dilihat dan dialami secara "live". Rupanya betul dan tepatlah sebagaimana penceritaan daripada orang-orang tua dan kawan-kawan, malahan arwah ayahanda pun pernah bercerita berkenaan pengalamanya menghadapi angin lintang semasa bertugas di dalam hutan. Arwah ayahnda bertugas sebagai Renjer Hutan.

Hampir dua bulan lalu (Mei 2010- tak ingat tarikh tepat) perkara yang sama telah berlaku di sekitar Rawang. Beritanya disiarkan di dalam akhbar. Cuma diberitakan terdapat angin kuat yang bersama kabus putih menyebabkan bumbung rumah tercabut/terangkat. Walau bagaimanapun aku tidak berada di Rawang semasa kejadian berkenaan kerana bermalam di Setiawangsa.

Esoknya semasa balik dari Rawang ke Sungai Buloh melalui jalan Rawang - Kundang kesan angin lintang ini dapat dilihat pada pokok-pokok disepanjang laluan tersebut. Allahuakbar inilah kebesaran Allah. Pokok-pokok berkenaan menunjukkan kesan "patahan pada pertengahan batangnya" dan tidak seperti biasa jika angin kuat menyebabkan ia tumbang terbungkar dengan akarnya sekali.

Tuan-tuan cuba bayang bagaimanakan angin sedemikian bergerak, adakah ia berpusar? melintang? bagaimana ya.... Tetapi jika diamati angin berkenaan seakan setajam mata pisau mencantas batang-batang pokok yang berada dilaluanya.


Patahan dibahagian tengah batang pokok (bulatan)


Deretan pokok dilaluan angin lintang yang patah

Kalau dahulu hanya didengari yang mengatakan pokok sebesar sepemeluk pun boleh patah, nah sekarang sudah terbukti. Cuma dalam kepala ini sedang memikir secara logik mekanisme angin ini bergerak menyebabkan kesan sedemikian rupa??? Semacam terdapat dua hala angin bergerak di bahagian atas dan bawah secara berasingan mungkin.