Sabtu, 23 November 2013

Bandung, Indonesia

Lawatan adalah anjuran KESKIP JMG Ibu Pejabat yang turut disertai oleh beberapa ahli keluarga. Lawatan diadakan pada tanggal 26-29 Oktober 2013. Lawatan juga dengan kerjasama Badan Geologi Indonesia. Tempat penginapan adalah di Wisma Geologi Bandung. 

Lawatan ke beberapa tempat menarik antaranya Muzium Geologi Bandung dan Aktiviti Geoterma di Kawah Kamonjang. Tempat membeli belah seperti Pasar Baru untuk barangan kain ela, baju sulam, kain sulam, telekung, jubah, kain batik. Kata orang tak sah kalau ke Bandung tidak beli kain lace. Juga membeli-belah di beberapa factory outlet seperti Heritage, Summit, The Secret, For Men, Terminal Tas & Cascade, House of Donatello. Barangan kulit di Ciba Duyut dan Garut (Kulit Domba = Kambing, Kulit Sapi = Lembu). 

Pelbagai jenis barangan makanan boleh dibeli di The famous yummy Kartika Sari's yang menjual pelbagai makanan snack untuk ole-ole di bawa balik. Yang famous ialah chocolate brownies & kerepek pisang (pisang salai) cheese/ chocolate. Juga boleh dibeli di Pasar Kosambi. 

Jika berpeluang dan di izinkan Allah swt boleh ke sana lagi....

Wisma Geologi Bandung

Fosil Kayu




Rabu, 14 Ogos 2013

Aidil Fitri 1434H

Kedatangan Aidil Fitri telah disambut dengan meriah. Pada tahun ini Umi dan adik-adik, Muhammad Nurzaifudin dan  Muhammad Nurzuhairi dapat berhari raya di rumah baru yang siap pada bulan Mac 2013. Kali ini cuma zamri sahaja yang tidak bersama kerana mengikut turn beraya di Kota Tinggi. Sambutan dan berkumpul dirumah Kak Zie pada Hari Raya Pertama.

Haslinda, Nurzaidi dan Muhamad Nurhafiz

Nurzamri, Leya dan Adani

Dari kiri: Linda, Eda, Nonie, Umi, Nurziah, Atie, Kak Zie dan Za


Atie, Eda, Nonie, Nurzaidi, Umi, Eman, Kak Zie, Nurziah, Za
Nurzaifudin dan Nurzuhairi

Sabri, Azhar, Abg P, Linda, Lan, Nasrom


Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan Kareem 1434 Hijrah

Ramadhan datang lagi. Semuga kedatangan ramadhan 1434 Hijrah akan dikurniakan Allah swt kekuatan dengan azam agar apa-apa amalan yang dilaksanakan dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Semuga ramadhan kali akan menjadikan amalan kami sekeluarga yang lebih baik daripada ramdhan yang lalu.

Tuan Haji Wahid Abdul Rahman, Pgh (PPO) JMG



Pengarah PPO, En Wahid Abdul Rahman, 59 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam lebih kurang 5.40 petang Isnin, 1 Julai 2013 di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit paru-paru berair. Arwah sebenarnya merupakan pesakit kanser paru-paru yang telah dikesan pada hujung tahun lepas dan mulai bercuti sakit sejak 19 Disember 2012. Sepanjang cuti sakit arwah telahpun menerima 6 kali rawatan kimoterapi dan 1 kali radioterapi. Pada 17 Jun 2013 iaitu sehari sebelum Majlis APC di Terengganu, arwah telah dimasukkan ke hospital, setelah mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Sepanjang 2 minggu di hospital rakan-rakan JMG khususnya Ibu Pejabat bergilir-gilir tidak putus menziarahi arwah. Kami semua kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh arwah. Jenazah telah selamat dikebumikan di perkuburan Alam Damai iaitu berdekatan dengan kediaman arwah. Arwah sepatutnya bersara pada November 2014 telah meninggalkan seorang Isteri dan 4 orang anak.

Pemergian En Wahid merupakan kehilangan yang besar buat JMG. Telah banyak jasa beliau dalam memertabatkan Jabatan terutama dalam memantau dan memastikan kelancaran pejabat JMG negeri. Memang penampilan arwah nampak garang dan tegas namun sebenarnya arwah merupakan seorang ketua yang baik hati, rendah diri dan peramah dengan semua orang. 

Malah beliau ku anggap selain sebagai ketua juga umpama seorang bapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

Kita sedekahkan Al Fatihan buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin


Selasa, 18 Jun 2013

Eid Mubarak 1433H

Hari Raya Aidil Fitri 1433H disambut dengan penuh kemeriahan. Pada tahun ini juga diadakan Majlis Perkahwinan anak bongsu mertua pada Hari Raya Ke 4.

Kembali Mengadap Allah swt

Daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Dua kematian dalam tempoh hampir dua minggu insan daripada keluarga aku dan isteri, linda. Mereka berdua ini sangat rapat dan sentiasa dekat dihati.
 
Yang pertama adalah bapa saudara disebelah arwah ibu (Cik) iaitu Ayah Pa atau Cikgu Jaafar Yusof. Beliau merupakan saudara terakhir disebelah ibu yang masih tinggal iaitu daripada 6 beradik (Mok Besar, Pok Nik, Ayah Pa, Pok Muda, Abah dan Cik yang bongsu) . Meninggal pada usia 73 tahun akibat komplikasi selepas pembedahan yang dibuat di HKL. Beliau menghembuskan nafas pada jam 11 malam bersamaan 29 Mei 2013.
 
Yang kedua ialah Pok Su atau Jusoh iaitu suami kepada Wan (Safuan), ibu saudara linda. Meninggal pada usia 66 tahun akibat sesak nafas dipercayai akibat serangan jantung. Beliau menghembuskan nafas pada jam 1.00 pagi pada 13 Jun 2013.
 
Semuga roh mereka ditempatkan Allah swt bersama-sama orang-orang yang soleh. Al fatihah.