Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan Kareem 1434 Hijrah

Ramadhan datang lagi. Semuga kedatangan ramadhan 1434 Hijrah akan dikurniakan Allah swt kekuatan dengan azam agar apa-apa amalan yang dilaksanakan dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Semuga ramadhan kali akan menjadikan amalan kami sekeluarga yang lebih baik daripada ramdhan yang lalu.

Tuan Haji Wahid Abdul Rahman, Pgh (PPO) JMG



Pengarah PPO, En Wahid Abdul Rahman, 59 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam lebih kurang 5.40 petang Isnin, 1 Julai 2013 di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit paru-paru berair. Arwah sebenarnya merupakan pesakit kanser paru-paru yang telah dikesan pada hujung tahun lepas dan mulai bercuti sakit sejak 19 Disember 2012. Sepanjang cuti sakit arwah telahpun menerima 6 kali rawatan kimoterapi dan 1 kali radioterapi. Pada 17 Jun 2013 iaitu sehari sebelum Majlis APC di Terengganu, arwah telah dimasukkan ke hospital, setelah mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Sepanjang 2 minggu di hospital rakan-rakan JMG khususnya Ibu Pejabat bergilir-gilir tidak putus menziarahi arwah. Kami semua kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh arwah. Jenazah telah selamat dikebumikan di perkuburan Alam Damai iaitu berdekatan dengan kediaman arwah. Arwah sepatutnya bersara pada November 2014 telah meninggalkan seorang Isteri dan 4 orang anak.

Pemergian En Wahid merupakan kehilangan yang besar buat JMG. Telah banyak jasa beliau dalam memertabatkan Jabatan terutama dalam memantau dan memastikan kelancaran pejabat JMG negeri. Memang penampilan arwah nampak garang dan tegas namun sebenarnya arwah merupakan seorang ketua yang baik hati, rendah diri dan peramah dengan semua orang. 

Malah beliau ku anggap selain sebagai ketua juga umpama seorang bapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

Kita sedekahkan Al Fatihan buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin