Sabtu, 1 Mac 2014

Pulau Langkawi

Ini adalah catatan pertama pada tahun 2014 iaitu pada tanggal 29 Rabiulakhir 1435H atau bersamaan 1 Mac 2014.

Perjalanan pada awal tahun 2014 atas urusan kerja menuju ke Pulau Langkawi. Pulau Pelancongan yang terkenal di Kedah. Kini Pulau berkenaan dikenali sebagai Langkawi Geopark yang memberikan gambaran dan pengiktrafan sebagai Geopark yang pertama di Malaysia.

Aku dan keluarga sudah tidak asing dengan Pulau Langkawi kerana selama menetap dari 1996 hingga 2004 di Alor Setar, kami sentiasa menjadi pemandu pelancong setiap kali ada ahli keluarga yang bertandang ke Alor Setar. Semestinya mereka akan ke Pulau Langkawi  sama ada untuk melancong sambil membeli belah. Manakala Pulau Langkawi juga kerap dijadikan lokasi tempat Mesyuarat Jabatan.

Tahun 2014 aturcara JMG kerap pula memilih Langkawi sebagai lokasi aktiviti Mesyuarat, Persidangan dan APC. So semenjak dari awal tahun bermulalah "jalan-jalan cari makan".