Rabu, 30 Disember 2009

Semua Baru

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya. Besok muncul tahun baru 2010 yg penuh cabaran. Nampaknya untuk tahun baru ni banyak benda2 baru yg sudah dialami dan akan dialami. Aku sudah mula berkerja di tempat baru dan sedang mencari rumah sewa "baru" di sekitar Sg. Buloh atas permintaan isteri. Anak yg akan mula bersekolah juga menuntut peralatan dan pakaian baru. Baru-baru ini tiaraku dah masuk bengkel dan mungkin tersadai selamanya dek sebab tak baru....

Jumaat, 11 Disember 2009

Suasana di KL

Lapor diri bertugas semula di Pejabat JMG petengahan november. Cabaran kerja dan suasana ulang-alik ke pejabat adalah satu pengalaman baru. Rupanya bukan setakat jalannya jem dengan kenderaan, sistem komuter dan LRT juga jem dengan penumpang pada waktu puncak. Bersesak tanpa mengira jantina, lebih dari "tin sardin" penuh dengan aroma pada waktu petang. Jalan penyelesaiannya adalah datang awal dan balik awal??

Ditempatkan dibahagian Penyelarasan Operasi, dah tak sampai 2 minggu kena assign kesana kemari, sibuknya hingga ke akhir tahun. Tahun depan 2010 entahlah macam mana. Jadi betulah gurauan pada isteri yang kemungkinan post ni "outstation" lebih kerap daripada sebelumnya. Jalan penyelesaiannya carilah rumah yang dekat adik-beradik/saudara.

Selasa, 1 Disember 2009

Raya Korban

Agak kelam kabut rupanya raya korban tahun ni. Sebabnya macam2; viva MSc yg ditunda hampir 3 kali akhirnya dibuat sehari sebelum hari raya. Walau bagaimanapun alhamdullilah semuanya dah selesai.


Bergambar bersama2 panel viva

Balik ke kelate agak kelam kabut pada sebelah petang dengan jalan yang sesak sebagaimana kebiasaan saban tahun. OOo rupanya itulah cabaran warga Kelate yg berkerja di KL (aku tak hadapi masalah sebelum ni kerana tempat keje dulu di Perak dan Kedah) Bertolak dari KL jam 5 ptg dan sampai di Kuala Krai jam 3.30 pagi, dah tak larat utk ke KB so beraya je kat rumah adik di KK. Satu sejarah dlm hidup ditempa kerana sebelumnya belum pernah beraya tanpa kelurga disisi. Akhirnya minta isteri datang join dari KB utk beraya di KK.