Ahad, 31 Oktober 2010

TRW Catat Sejarah

30 Oktober 2010

Pasukan bolasepak Kelantan telah mencatatkan sejarah menjuarai Piala Malaysia mengalahkan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1. Sejarah yang ditempa setelah 40 tahun menanti.

Aku juga tidak melepaskan peluang menonton, walaupun harga tiket dinaikkan disaat akhir, lepas tu terbeli pula tiket yang mahal sikit daripada biasa dan bila sampai stadium ada pula lelongan tiket yang lebih murah daripada asal. Tak apalah asal berbaloi menonton final match.

Rupa-rupanya ahli keluarga lain juga turut datang ke stadium, cuma tak jumpa kerana masing2 datang dgn kumpulan masing2, tambahan penyokong baju merah / The Red Worrior teramat ramai. Azhar, Mat Lan, Nasrom dan Za tak jumpa, cuma Abg P, Zamri dan Syahmie jumpa sat kat pintu masuk stadium. Insyallah hopefully next year ke final lagi.

Zamri, JD, Shahmie






Tiket kefinal yang dibeli dgn harga RM40

Khamis, 14 Oktober 2010

9.10.2010

Mungkin tarikh 9.10.2010 biasa sahaja bagi seseorang, tapi tarikh berkenaan bagi aku adalah satu tarikh yang mungkin memahat secalit sejarah dalam catatan perjalanan hidup. Banyak peristiwa dan pengalaman yang ditempuh bagi mencapai tarikh berkenaan.

Pelbagai peristiwa manis, pahit, sengsara, gelak ketawa telah ditempuh sepanjang 2 tahun mengharungi jejak untuk memperolehi Master Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi (MSc RS & GIS) di UPM. Kepada keluarga dan semua yang menyokong, terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Rakan sekuliah yang hingga kini terus akrab, muga ianya berterusan dimana jua kita berada. Kepada semua pensyarah, jasa dan ilmu kalian dikenang dan diaplikasikan sebaik mungkin. Wasalam


Dari kiri:Hajjah Haslinda, Hajjah Zaliha, Haji Nurzaidi, Haji Setia, Muhamad Nurhafiz


Kapt Ridzuan, Redzuan, Majer Fatimahwati & Khairy

Sabtu, 2 Oktober 2010

Eid Mubarak 1431H

Sebagaimana sambutan tahun-tahun sudah, Hari Raya adalah masa sanak saudara berkumpul. Raya tahun ini adalah tahun pertama aku dan keluarga merasai bagaimana warga KL pulang ke Kelantan untuk beraya. Lumrah "jem" adalah rutin so kami pun tidak terkecuali. Cuma keadaan selasa sikit kerana pulang 2 hari lebih awal

Di kampung raya berlainan dengan di bandar. Rupanya di KL ni meriahnya dengan rumah terbuka. Hari minggu jalan sentiasa jem dek "open house" dimana2. Gitu le gamaknya ye live orang kota.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Nostalgia Bandar Penawar, Kota Tinggi

Bandar Penawar satu tempat yang sedikit sebanyak meninggalkan kenangan manis semasa menjalankan praktikal lapangan semasa di tahun 3, UKM. Lokasi yang berdekatan dengan pantai peranginan Desaru dan lombong "bauksit" di Penggerang atau Teluk Ramunia yang dicatat dalam buku ilmu alam/ geografi. Sebenarnya kami berempat iaitu aku, Gulsh, Yati dan Ayu (sekarang Dr. Rohayu) diasign ke sana.

Hampir 2 bulan berpraktikal disana dan sempat mendapat keluarga angkat. Arwah Pak Cik Mohamad dan Anjang, bersama-sama anak-anaknya Along, Lee, Ina,Jun, Nani dan Ida. Aku amat akrab dengan adik sehingga semasa buat kerjaluar terpaksa bawa "assistant" yang merengek nak mengikut. Walaupun tidak lama di sana tapi kami masih berhubungan cuma untuk bersua muka agak susah. Hampir 20 tahun cuma sekali berkesempatan berjumpa itupun kerana bakal isteri (Linda) pada masa itu juga berpraktikal di Johor Baharu.



Pada tahun ni, Jun 2010 adik aku Zamri pun bertemu jodoh dengan orang dari Bandar Penawar (Felda Bukit Tunggal). Walau bagaimanapun mungkin tiada rezeki lagi untuk aku bersua dgn Anjang dan adik-adik kerana pada tarikh berkunjung ke sana masing juga sibuk dengan undangan keluarga. Yang hanya sempat ziarah rumah yang pernah aku tinggal semasa bepraktikal di sana.


Angin Lintang

Angin Lintang - cerita yang biasa didengar cuma jarang dilihat dan dialami secara "live". Rupanya betul dan tepatlah sebagaimana penceritaan daripada orang-orang tua dan kawan-kawan, malahan arwah ayahanda pun pernah bercerita berkenaan pengalamanya menghadapi angin lintang semasa bertugas di dalam hutan. Arwah ayahnda bertugas sebagai Renjer Hutan.

Hampir dua bulan lalu (Mei 2010- tak ingat tarikh tepat) perkara yang sama telah berlaku di sekitar Rawang. Beritanya disiarkan di dalam akhbar. Cuma diberitakan terdapat angin kuat yang bersama kabus putih menyebabkan bumbung rumah tercabut/terangkat. Walau bagaimanapun aku tidak berada di Rawang semasa kejadian berkenaan kerana bermalam di Setiawangsa.

Esoknya semasa balik dari Rawang ke Sungai Buloh melalui jalan Rawang - Kundang kesan angin lintang ini dapat dilihat pada pokok-pokok disepanjang laluan tersebut. Allahuakbar inilah kebesaran Allah. Pokok-pokok berkenaan menunjukkan kesan "patahan pada pertengahan batangnya" dan tidak seperti biasa jika angin kuat menyebabkan ia tumbang terbungkar dengan akarnya sekali.

Tuan-tuan cuba bayang bagaimanakan angin sedemikian bergerak, adakah ia berpusar? melintang? bagaimana ya.... Tetapi jika diamati angin berkenaan seakan setajam mata pisau mencantas batang-batang pokok yang berada dilaluanya.


Patahan dibahagian tengah batang pokok (bulatan)


Deretan pokok dilaluan angin lintang yang patah

Kalau dahulu hanya didengari yang mengatakan pokok sebesar sepemeluk pun boleh patah, nah sekarang sudah terbukti. Cuma dalam kepala ini sedang memikir secara logik mekanisme angin ini bergerak menyebabkan kesan sedemikian rupa??? Semacam terdapat dua hala angin bergerak di bahagian atas dan bawah secara berasingan mungkin.

Sabtu, 31 Julai 2010

Renovation Proposal

Anjung Setia yang didiami lebih 2 tahun akhirnya telah ditinggalkan sementara kerana isteriku secara rasminya telah mendapat kelulusan petukaran ke SMK Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Cuma yang berada masih di Kelantan sekarang adalah anakanda yang masih belajar dan tinggal diasrama SMA AN-NUR, Kota Baharu. Insyallah penghujung tahun nanti beliau juga akan menyusul ke KL.

Bazlin yang menyewa dan menjalankan perniagaan pengurusan pengantin juga telah melakukan beberapa perubahan di bahagian dalam dan luar Anjung Setia. Front view juga telah sedikit sebanyak berubah.



Setelah berbincang dan menilai situasi dan sekitaran di sepanjang jalan ke Pantai Cahaya Bulan maka ada baiknya Anjung Setia ini ditukarkan kepada sesuatu yang akan dapat memberi manafaat pada masa hadapan. Maka cadangannya adalah jadikan sebagai "Home Stay" or "Guest House".

Rabu, 26 Mei 2010

Bulan Jun Yang Sibuk

Kemunculan Jun 2010 merupakan bulan yang agak ketat jadualnya. Apa tidaknya bulan ini adanya cuti pertengahan penggal persekolahan, maka berduyunlah kenduri kawin. Masalahnya keluarga yang ada majis memilih tarikh yang sama atau hampir sama. Adik aku Zamri majlisnya pada 6 Jun begitu juga Ayah din (Murni) dan Mami (Azahan) turut memilih tarikh berkenaan. Berpecah 3 le keluarga pada hari berkenaan. Sambutan balas juga pada tarikh 12 @ 13 Jun 2010.

Jabatan tempat aku bekerja juga memilih utk mengadakan APC dan Persidangan Tahunan 2010 bermula 7-10 Jun 2010.

Jika permohonan pertukaran isteriku ke KL berjaya bermakna pada cuti penggal ini juga perpindahannya perlu diuruskan.

Aku menunggu kedatangan Jun 2010.....

Selasa, 25 Mei 2010

Pesaka

Bila matinya sesorang itu maka yang hidup perlulah menyelesaikan urusan siarwah iaitu jenazahnya,hutangnya dan pesakanya. Pesaka ataupun harta ini telah banyak meimbulkan pelbagai konflik dan perbalahan dalam masyarakat. Walhal kalau difikirkan secara logik apa yang diuruskan adalah harta yang sementara jua, jika kita mati maka ianya jadi hak orang lain pula. Dek kerana nilai yang tak seberapa kita berbalah satu keturunan atau lebih? dan kitaran ini berulang-ulang.

Aku antara yg diamanahkan oleh keluarga setelah ayahnda meninggal untuk menguruskan pesakanya. Sungguh berat tanggungjawab ini rupanya, banyak sungguh urusan, dgn pelbagai kerenah birokrasi dan dek kecetekan ilmu. Tugasan ini menjadi pengajaran yang amat berguna sekali. Hampir setahun setengah berulang-alik, tangguh kes beberapa kali dan macam2 lagi, hampir aku putus asa satu ketika, sehinggalah tanggal 25hb Mei 2010 bersamaan 11 Jamadilakhir 1431, sebahagian besar permasalahan pesaka ini terungkai sudah. Alhamdullilah

Aku amat berterima kasih pada En Sukri Arrifin yg mengendalikan kes ini walaupun kadangkala terasa kasar perkataannya dan perkataan aku juga, tapi itulah hakikat penyelesaiannya. Aku terkesan dgn kata-katanya, "penyelesaian secara faraid adalah lebih baik walaupun secara nyatanya arwah ayah telah secara "tak rasmi" telah menamakan hak pada anak-anaknya". Memang rupanya logik akal kadang-kala tidak boleh mengatasi hukum yang telah ditentukan, terutama yang melibatkan mereka yang dibawah umur (belum baligh).

Kini aku diberi tugasan lagi yang rasanya lebih rumit.... melibatkan lebih daripada 3 lapis faraid. Pesaka yang tidak diselesaikan lebih 25 tahun lalu. Muga Allah permudahkan urusan ku

Pengajaran penting > sebolehnya selesaikan urusan pembahagian semasa hidup lagi, kerana bila dah meninggal ia jadi lebih merumitkan jika tidak diselesaikan segera.

Jumaat, 16 April 2010

Peringatan

Semua orang yang dijadikan Allah swt mempunyai kelebihan atau mungkin juga kekurangan masing-masing. Samada kadang-kala disedari atau juga yang tidak disedari. Atau ianya berterusan atau secara tiba-tiba, sekejap dsb.

Ada yang berkebolehan dalam matematik, mengubat orang, meramal, dukun dsb. Aku juga entahlah nak dikatakan kelebihan atau kekurangan tak pasti pulak. Aku juga tidak sedar bilakan timbulnya pekara sebegini atau sejak bila kerana aku tidak merekod atau mencatit setiap kali perkara tersebut berlaku. Tidak pula aku memberitahu pada orang lain kecuali isteriku tapi mungkin diapun tak perasan.

Aku pada mula tidak perasan tetapi apabila ianya kerap berlaku maka baru timbul tanda tanya. Ceritanya begini dan melibatkan soal kematian jua. Setiap kali perasaan aku berdebar yang amat sangat, badan terasa lesu, semua kerja dibuat tak menjadi dan ini biasanya terjadi dalam sehari sahaja. Biasanya bila keadaan begini berlaku bermakna ada keluarga terdekat akan meninggal dunia dalam jangka waktu terdekat. Cuma aku tidak dapat pastikan siapakah keluarga terdekat berkenaan dan tempoh masa tepat kejadian, kebiasaanya berlaku dalam anggaran tempoh masa sebulan.

Alhamdulillah, mungkin juga Allah swt bagi kelebihan ini agar aku sentiasa mengingati mati kerana hidup kita ini hanya sementara. Sampai masa dan ketikanya kita akan pergi meninggalkan dunia ini untuk kembali menemui Tuhan yang Maha Esa.

Cuma adakah cukup sudah bekalan amalan aku selama ini......

Jumaat, 9 April 2010

Tok Guru Nik Aziz

Insyallah, kita doakan agar Allah swt kurniakan pemimpin negara kita sebegini.
Cerita dipetik dari sini > Musyidul Am PAS yang saya kenali


Musyidul Am PAS yang saya kenali
Wan Nik Wan Yussof

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".

Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskan religiously charismatic.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-bukti religiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.

Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.

Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Sembahyang berjemaah

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.

Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad); “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.

Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.

Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.

Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.

Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.

Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.

Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Rabu, 17 Mac 2010

Sibuk Kah Aku?

Aku mengeluh sendirian semenjak tranfer ke KL ni, kerja pejabat yang berterus-terusan, jalan yang sesak, seawal pagi datang dan selewat petang baru pulang. Yang aku musykil adalah banyak kerja aku yang tertangguh......

Adakah aku?

-> betul-betul banyak kerja
-> belum dapat menyesuaikan diri dgn alam kotaraya
-> asyik teringat nak balik kampung
-> semakin malas nak buat kerja
-> banyak sangat termenung
-> tak work smart but work hard
-> buat kerja tak teratur
-> dok ralik dgn internet

Ahh banyak sungguh alasan lagi nak bagi...tapi yang pasti kerja kena siapkan juga
tiada kompromi

Jumaat, 19 Februari 2010

Tiaraku vs Pomen Cina

Nasib tiaraku masih belum diputuskan lagi setakat ni sama nak jual scrap or repair dan repair lagi. Ceritanya begini; kalau ikut track rekod tiara ini hampir tidak pernah direpair diworkshop bukan bumiputera. Biasalah pomen melayu apa yang disuruh repair itulah yang direpair dan kalau boleh pakai lagi sampai lunyai part tersebut digasak.

Entah macam mana selepas tiara ini mengalami kerosakan belting aku terhantar pulak tiara ni kat workshop cina diserdang. Aku cakap tukar belt, oil filter dan minyak hitam maaa. So bila dah siap nak g amik hhaaaaa tengok bil ooo mak mahalnya.. aku mengamuk aiya apa lu buat??? So macam2lah siapek tu story tukar coolan ,tukar skru lah welding tah apa-apa. Nak tak nak bayarlah. Tapi tak sampai sehari pakai keta jadi overheating kat highway...so pendek cerita gasket dah terbakar, bunyi enjin pun macam motobot, antar kat pomen melayu dan dia punya tak sanggup repair maka tersadai kat kedainya. Aku tanya sampai bila boleh port kat sini? Dia jawap sampai bila-bila lahhhhhh

Khamis, 18 Februari 2010

Renovation awal tahun

Lihatlah betapa berseleraknya bilik yang tak terurus semenjak rumah ni dah siap tapi bahagian dalam masih memerlukan beberapa pengubahsuaian. Namun masa dan kewangan yang tidak mengizinkan maka terpaksalah dibuat secara beransur-ansur




Sedikit perubahan lagi dibuat dibahagian dalaman Anjung Setia dengan tambahan almari pasang siap pada awal tahun 2010. Kemas le sikit bilik tidur yang selama ini bersepah.


Ahad, 31 Januari 2010

Update

Dah hampir sebulan tidak sempat nak mengemaskini blog ni coz bz kesana kemari semenjak lapor diri bertugas di HQ. Rupanya begini rutin keje disini tambahan pula berulang alik ke rumah/bilik di serdang dan ofis agak jauh dengan jalan yang asyik jem. Mungkin lebih jauh lagi nanti bila dah berpindah ke sungai buloh....

Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana keje dan live di Kuala Lumpur. Harapnya boleh cepat serasi