Ahad, 15 Julai 2012

Ramadhan 1433 Hijrah

Ramadhan AlMubarak, bulan yang penuh kerahmatan,keberkatan dan pengampunan dosa kembali lagi. Alhamdullilah kita masih diketemukan Allah swt dengan bulan yang mulia ini. Semuga kita semua dapat memperbaharui azam menjadikan bulan ramadhan pada tahun adalah yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Dikesempatan ini saya dan keluarga memohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kami kepada semua saudara dan sahabat handai sepanjang tahun ini dan tahun sebelumnya. Semuga Allah swt mengurniakan kita kerahmatan dan kemanisan Iman dan berkekalan Iman sehingga ke akhir hayat kita.

Amin Ya Rab'alamin

Ahad, 8 Julai 2012

Bermesyuarat Di Kota Bharu, Kelantan

Tanggal 10 hingga 12 Julai 2012 buat kesekian kalinya Cawangan Pengurusan Maklumat JMG, Ibu Pejabat mengadakan mesyuarat berkalanya di Kelantan Trade Center Kota Bharu. Jadi adalah peluang untuk pulang ke KB secara "percuma". Bagus juga tu.... Mungkin selepas ini mesyuarat berkala lain akan datang, boleh juga diadakan di kelate. Cuma ketika ini bakal Pengarah JMG Kelantan masih belum diketahui. Pengarah JMG Kelantan Tn Hj Badarudin Hassan telah bersara pilihan bermula 1 Julai 2012.

Rabu, 25 April 2012

Kundasang

Kundasang, sebuah pekan yang menjadi tarikan pelancongan di negeri di bawah bayu. Pekan ini perlu dilalui bagi yang menggunakan kenderaan darat dari pantai barat ke pantai timur sabah. Gunung Kinabalu boleh dilihat daripada pekan kundasang. Sudah beberapa kali ke Kundasang atas urusan rasmi dan melancong bersama keluarga. Suasana yang nyaman dengan cuaca seumpama berada di Cameron Highlands. Kegiatan utama penduduk di sini adalah pertanian. Namun kawasan ini juga terancam dengan situasi gelinciran tanah. Kajian saintifik juga mendapati terdapat pergerak tanah yang berterusan iaitu 2-3 mm setahun. Keadaaan akan lebih serius jika pada musim tengkujuh.

Rabu, 11 April 2012

Kota Singa

Tanggal 11 Mac 2012 kami sekeluarga telah dapat menjejakkan kaki ke negara Singapura sebagaimana yang telah dirancang. Walau bagaiamanapun tak dapat nak explore ke banyak tempat kerana masa yang agak terhad. Samatelah kunjungan ini cuma dibuat pada sebelah pagi dan petangnya pula kena hadir pula kenduri kawin Anjang, anaknya yang bongsu Ida,kahwin di Johor Bharu.

So masa yang ada dalam 5 jam sebenarnya cuma cukup-cukup untuk dapat pengalaman menggunakan MRT. Tak sanggup nak drive takut tersesat. Mungkin istilah tersesat kat Singapora agak janggal coz pulau mana boleh sesat cuma tak jumpa jalan. Kemudahan MRT di sini amat baik dihubungkan hampir kesemua pusat bandar. Tempat yang sempat dikunjungi cuma Universal Studio. Itupun hanya untuk ambil gambar dan beli souvenir.

Maybe nak time kena buat plan betul-betul and dapatkan deal yang termurah

Khamis, 8 Mac 2012

Catatan Perjalanan

Jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman. Itu antara pepatah yang tidak asing lagi yang tidak dapat dinafikan kebenarannya. Walaupun tidak semua orang yang mempunyai peluang untuk melakukannya. Tambahan dalam keadaan sekarang sedikit sebanyak memerlukan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan tambahan jika bersama keluarga.

Sejak remaja aku telah meletakan target untuk merantau dan mengembara bagi melihat negeri orang jika berkesempatan dan berkemampuan. Sehingga kini hampir 70% tempat menarik di Malaysia dan Pulau telah dilawati. Kini jika mengembara dan melancong akan bersama keluarga pula. So seterusnya cuba travel diluar Malaysia pula. Untuk tahun 2012 ini rancangan adalah ke Singapura dan Brunei.

Rabu, 7 Mac 2012

Maufakat

Hampir pasti akan ada penyelesaian dalam sesuatu permasalahan jika semua yang terlibat saling bertolak ansur dan dapat menerima pandangan dan teguran secara rasional. Allah swt akan permudahkan segala urusan.

Selasa, 6 Mac 2012

Masa

Begitu pantas masa berjalan, belum berkesempatan nak membuat posting pada blog. Sudah hampir 2 bulan berehat dari menaip dek kesibukan mesyuarat, seminar, kerjaluar, bengekl..... dunia,dunia belaka