Rabu, 12 Oktober 2011

Gurindam Dua Belas

Fasal 1

barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

barang siapa mengenal yang empat
maka yaitulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya

barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat


Fasal 2

barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut

barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang

barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa

barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat

barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji


Fasal 3

apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita

apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping

apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah

bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan

apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi’il yang tiada senonoh

anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat

hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi


Fasal 4

hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh

apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah

mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir

pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala

jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka

bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah

barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar

barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor

di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi

pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih


Fasal 5

jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai


Fasal 6

cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat

cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru

cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri

cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan

cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi


Fasal 7

apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta

apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka

apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat

apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih

apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang

apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar

apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan

apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut

apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar

apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar


Fasal 8

barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya

kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya

lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya

daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar

orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa

kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan

keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka


Fasal 9

tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan

kejahatan seorang perempaun tua
itulah iblis punya penggawa

kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja

kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda

perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan

adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat

jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru


Fasal 10

dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka

dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat

dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai

dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa

dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil


Fasal 11

hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa

hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela

hendak memegang amanat
buanglah khianat

hendak marah
dahulukan hujjah

hendak dimalui
jangan memalui

hendak ramai
murahkan perangai


Fasal 12

raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri

betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja

hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat

kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu

hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai

ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti

akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta


Gurindam 12 was written by Raja Ali Haji in Pulau Panyengat, Riau Province on Rajab 23rd 1263 H (1847 A.D.) when he was 38 years old. It consists of 12 fasal (sections) and is categorized as “Syi’r al-Irsyadi” or didactic poetry because the content bears wise advice and guidance in human being based on the God’s love. Islamic Sufism learning that comprises syari’at (Islamic jurisprudence), tarikat (Islamic group searching for divine truth), hakikat (reality), and makrifat (the highest level of knowledge in Sufism) can be found on Gurindam 12. It was published firstly in 1854 A.D. on Tijdschrft van het Bataviaasch Genootschap No.II, Batavia in Arabic language. The Dutch version of Gurindam 12 was translated by Elisa Netscher.

Rabu, 24 Ogos 2011

Salam Aidil Fitri 1432H

As Salam

Saya dan Keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua keluarga dan sahabat handai yang mengenali kami dimana jua anda berada. Pohon sepuluh jari kemaafan andai tersilap kata dan bicara, terkasar bahasa dan perlakuan. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Rabu, 8 Jun 2011

Apa boleh Jadi

Di pejabat dalam sebulan dua ini pelbagai isu timbul, berkisar kepada kenaikan pangkat, penempatan dan anugerah cemerlang. Macam biasalah tiada yang sempurna, mestilah ada yang berpuas hati dan ada pula yang tidak.

Walau bagaimanapun keputusan kenaikan pangkat agak meresahkan ramai pegawai di Jabatan. Manakan tidak kerana dengan keputusan daripada JPA memungkinkan ada yang akan terlepas posisi tertentu di Jabatan. Akan lebih malang jika umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun. Apa2 pun ianya adalah ketentuan Allah swt.

Jumaat, 22 April 2011

Catatan SS

Dari nota diri Sani Sudin....

Pandai berkata-kata belum tentu bijak,
Tinggi pengajian tak semestinya pandai,
Rendah pengetahuannya belum boleh dicap bodoh,
Jadi...... apa sebenarnya?

Tak membaca tak semestinya tak tahu,
Membaca tak semestinya tahu,
Melangkah dan melihat itu adalah bacaan,
Terpulang pada seseorang itu bagaimana ia membaca mengikut proses kefahamannya.

Yang penting telus, jangan munafik,
Tak tahu kata tak tahu.
Jangan seperti dibaham kekeliruan seperti dibaham kekeliruan yang menunggu dan menunggu.....

Khamis, 10 Mac 2011

Tanah Gua Musang

Tanah yang mempunyai 18 penama ini terletak di Bandar Gua Musang dan bersebelahan dengan Balai Polis, Gua Musang yang baru. Keluasan tanah keseluruhan 1.160 ha atau bersamaan 2.86 ekar.



Gambaran dari Google earth




Pelan Tapak Tanah

Jumaat, 25 Februari 2011

ENTAH

Kalau nak diikutkan sepatutnya sudah banyak posting yang dibuat pada blog ini. Tapi rupanya makin lama makin kurang usaha untuk menulis blog. Entahlah.....

Ramai pula yang telah beralih pada Facebook. Semenjak adanya FB dok asyik updating aktiviti. Ada yang sampai semua aktiviti nak dibagi tau dalam FB. Entahlah...

Selepas agak lama ber FB, rasa dah jemu pulak coz banyak kerja dan masa terbuang. Tambahan pula sejak Dato' KP respond utk add dah segan nak posting yang bukan2. Entahlah...

Tapi ramai pulak kawan-kawan lama, kawan sekolah, kawan U dll terjumpa di FB ni cuma nak bersemuka pula yang tak sempat. Entahlah...

Ahad, 2 Januari 2011

2011

Tahun 1432H disambut hampir sebulan yang lalu, kini tahun masihi 2011 pula menjelang. Kedatangan tahun baru bermakna bertambahnya usia dan meningkatkan kematangan, bertambahnya ilmu dan pengalaman hidup. Semuga tahun ini dan tahun-tahun yang akan mendatang diberkati dan dirahmati oleh Allah swt untuk kami sekeluarga. Amin