Jumaat, 22 Mei 2009

Antara Yang Tersirat dan Tersurat

Catatan bagi meluahkan pengalaman dan perjalanan hidup yang berlaku sepanjang hampir dua tahun yang lalu iaitu bermula dari penghujung 2006.

Aku menerima surat tawaran melanjutkan pengajian sarjana pada tarikh yang sama keberangkatan aku dan isteri bagi menunaikan rukun islam yang kelima ke Makkah Al Mukaramah iaitu pada 22 November 2006. Panggilan dari Pn. anishah semasa aku berada di Kelana Jaya bertanyakan nak terima tak tawaran ni?... aku pun dalam terpinga2 minta beliau uruskan seadanya, maklumlah kerana kelulusan ini adalah selepas temuduga kali 4 dan umur dah mencapai kouta maximum kelayakan JPA. Aku mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah swt

Selama hampir 44 hari berada di tanah suci aku kembali ke Malaysia pada Januari 2007. Kembali bertugas semula sebagaimana biasa disamping membuat persediaan bagi melanjutkan pengajian serta memenuhi syarat ditetapkan oleh JPA iaitu menghadiri kursus QA di Intan. Oleh kerana tawaran ini adalah untuk keluar negara jadi satu lagi kursus BTN perlu dihadiri. Syarat lain ialah lulus kelayakan bahasa Inggeris iaitu IELTS or TOEFL. Betungkus lumus ambil exam sehingga 4 kali namun masih gagal mencapai kelayakan minimum JPA iaitu skor 6.5 bagi IELTS, aku cuma setakat dapat skor 6.0. Walau bagaimanapun banyak pengalaman dipelajari dan kawan diperolehi sepanjang tempoh berkursus dan exam antaranya "Awang" adalah antara teman sembang agak aktif hingga kini.

Rezeki atau qadha dan qadar telah ditentukan oleh Allah swt cuma kita perlu menilai apakan yang tersirat dan tersurat di sebaliknya. Dalam kes aku ini misalnya sebenarnya tawaran dari ITC telah diterima tetapi syarat dari JPA pula tidak lepas. Maka pohon ke UTAS pula, namun lain pula ceritanya iaitu syarat UTAS tak lepas tapi JPA pula sudah memberikan kelulusan. Aku jadi serba salah, akhirnya setelah perbincangan dengan keluarga dan arwah ayahnda maka aku memilih untuk ke UPM dan mendaftar pada 26 Disember 2007

Antara kata-kata arwah ayah yang masih terngiang ditelinga, katanya 'takpo lah kat malaysia saja pun sebab kalau ada gapo-gapo jadi senang'. Ayah kembali kerahmatulah pada 22 November 2008 iaitu semester kedua aku di UPM atau tepatnya semasa cuti semester kerana ayah berpesan tunggu aku balik baru beliau nak pergi ke hospital. Keadaan beliau sebenarnya terjejas dan uzur iaitu mengalami gastrik dan pening kepala bermula pada pertengahan ramadhan. Alhamdullilah aku sempat menjaga arwah ayah sepanjang tempoh keuzurannya sehingga kembalinya kerahmatullah dan sempat menyelesaikan banyak perkara yang belum sempat disempurnakan semasa hayatnya iaitu semasa tempoh keuzurannya. Ada pelajaran yang dapat dimanafatkan daripadanya, iaitu sebolehnya selesaikan semasa masih hidup terutama berkenaan 'harta'.

Jadi kalau ada yang bertanya kenapa tak ke oversea mungkin ini adalah antara yang telah tersirat dan tersurat kerana hanya Allah yang lebih mengetahui. Kini aku masih lagi di UPM cuba menamatkan pengajian sarjana. Mohon sambung lagi satu semester bagi mencukupkan 4 semester dan kelulusan diperolehi sehingga 15 November 2009, kalau tiada aral 16 November 2009 masuk pejabat semula......

Namun pejam celik pejam celik aku belum lagi start menulis untuk project, literature review hampir saban hari dibaca dan dikumpul. Pesanan dari Dr. Vijay dari wokshop effective writting ; 'do not find time to write but allocate time'. Masalahnya aku banyak allocate time untuk menulis 'hal-hal lain' dari project

Aku sekarang dalam mood 'sprinter' dan bukan lagi dalam mood 'marathon'. Hari-hari mendatang adrenalin aku makin meningkat.....

Khamis, 14 Mei 2009

Apa yang jatuh dari siling

Keadaan cuaca sudah menjadi agak tidak menentu sekarang. Bulan Mei biasanya bermulanya musim kemarau di sebelah pantai timur namun hujan masih turun seolah-oleh masih berada di musim tengkujuh. Selang dua tiga hari hujan akan turun samada di sebelah pagi atau petang. Atap rumah yang bocor semenjak musim tengkujuh lalu belum dibaiki, jadi setiap kali hujan turun terpaksa menadah baldi. Dah minta tukang betulkan tak jugak datang-datang, nampaknya kena baiki sendiri

So nak baiki sendiri takut jadi tikus baiki labu, jadi mintak tolong pak saudara sebelah isteri yang di panggil Pok Su umur dalam lingkungan 50 tahun. Gayat juga dok tempat tinggi tambahan pula rumah dua tingkat. Setelah hampir sejam berada di atas bumbung Pok Su bagi tau dia nak betulkan dari bawah bumbung, tak sampai lima belas minit kedengaran bunyi bising seakan kayu patah dan Pok Su menyebut nama Allah beberapa kali diakhiri dengan derap jatuhan pada lantai. Aku yang berada di atas bumbung panik dan sudah menjangkakan yang Pok Su jatuh dari siling. Aku dapat melihat dari atas bumbung, melalui siling yang berlubang dengan Pok Su yang terlentang di atas lantai tak bergerak-gerak.

Aku lantas turun dari bumbung mendapatkan Pok Su yang sudah mula bergerak. Cuba membetulkan badannya dan menanyakan bahagian yang sakit takut ada bahagian yang patah. Alhamdullilah tiada bahagian badan yang cedera atau patah, cuma Pok Su mengadu bahagian paha merasa sengal-sengal kerana masa jatuh tadi secara mengiring di sebelah kanan. Katanya nasib baik tak ada perabut dibahagian lantai kalau tidak tentu lagi parah. Syukur Alhamdullilah kalau tak, tak tahu lah apa akan jadi.

Selepas keadaan agak tenang aku memandang semula ke syiling yang pecah,dengan ketinggian syiling hampir 12 kaki daripada paras lantai, entahlah tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaanya semasa dia jatuh dan tanpa kecederaan dan masih mahu meneruskan kerjanya. Walau bagaimanapun aku memintanya tidak meneruskan kerja dan berehat sahaja.

Di dalam hati dan perasaan aku kagum dengan kekentalan mental dan fizikal Pok Su yang pada aku tidak mengeluh sakit pun semasa aku bertanyakan akan keadaannya. Umur yang dah setengah abad tapi masih kuat untuk buat kerja-kerja lasak. Kalau dibanding dengan aku yang banyak buat kerja-kerja ringan, rasanya kalau jadi macam tentu patah riuk tulang. Malamnya aku menziarahi Pok Su dan kesan jatuh siang tadi dirasainya membuatkan susah untuk berdiri, sengal-sengal di paha. Keadaanya semakin pulih setelah di bawa ke klinik dan berurut. Insyallah semuga cepat semuga kerana masih banyak "Projek" menanti beliau.

Sabtu, 9 Mei 2009

Lata Rek

Cuti semester bermula semenjak 27hb April, aku kembali ke KB untuk bersama-sama keluarga untuk seketika sebelum menyambung semula "Project" untuk final semester nanti. Memikirkan project pun satu hal, proposal pun masih belum dimuktamadkan oleh supervisor. Apa2 pun balik kampung dulu.... lepas tu cerita lain

Balik rumah rupanya banyak agenda sudah menunggu, tambahan pulak ada dua cuti umum yang berdekatan ie Hari Pekerja dan Wesak. Sudah menjadi tradisi acaranya ialah memenuhi jemputan kenduri atau "backwoh" istilah orang kelate. So termasuklah pihak sekolah yang mengadakan pelbagai acara untuk pelajar dan guru., termasuklah sekolah bini aku ada pekhemahan kadet. Katanya buat apa dok kat rumah, anak pun dok asrama baik temankan dia ke Lata Rek.

Lata Rek yang agak sinonim dengan aku kerana aku membesar disekitar daerah Kuala Krai. Daerah yang selalu dijelajahi oleh arwah ibu yang bergiat dalam MLM dan aku biasanya sebagai drivernya. Namanya Lata Rek dikenali kerana ianya merupakan kawasan perkelahan atau kawasan jeram. Adapun kawasan jeram ini merupakan sebahagian tambakan untuk janakuasa mini hidro untuk penduduk sekitar. Namun persekitarannya sekarang tak secantik dahulu.

Berbalik pada perkhemahan kadet tadi, so bini bagi tau kena tidur dalam khemah. Aku yang dah agak kerap tidur dalam khemah disebabkan urusan kerja rasa lain macam pulak..... maka jadinya bini tidur dalam khemah, aku berkhemah dalam kereta saja.. aircond ada muzik pun ada

Ahad, 3 Mei 2009

Bidang Penulisan

Satu bidang yang memerlukan skil dan kebolehan yang merupakan anugerah Allah swt. Nampak semacam senang untuk menulis, tak kiralah panjang atau pendek sesuatu penulisan kekadang jenuh juga memerah otak mengeluarkan idea. Penulisan yang spontan mungkin agak simple atau tulis sahaja apa yang terbuku dihati. Walau bagaimanapun jika penulisan teknikal mungkin perlu sedikit pembacaan atau kajian lanjutan kerana ianyanya lebih kepada fakta.

Aku ini rasanya dalam bidang penulisan mungkin dikira agak kurang menyerlah. Agak sukar untuk menulis untuk memerah idea atau mungkin juga kerana kurangnya membaca. Ahh memang sedari kecil aku cukup agak malas untuk menulis, jika kerja rumah adalah karangan maknanya tak siap le kerja tu. Semasa berpacaran pun rasanya kalau menulis surat cinta tu terpaksa "pause" dulu sehari dua baru siap itu pun rasanya tak lebih dua mukasurat. Era sms kena tiap teks buat aku rimas itu sebabnya aku lebih suka bercakap dari menaip.......

Melihat dan membaca penulisan blog dari kawan2 kekadang rasa seronok pulak bila mendapat perkhabaran berita, cerita terkini, gosip ...... . Kemudahan internet membantu capaian pantas maklumat membuat aku juga ingin mencuba potensi diri untuk menulis. Aku cuba untuk mencabar diri ini bagi bolehkan aku menulis. Buat masa ini aku tulis apa saja yang terbuku dihati dalam blog ini "Anjung Setia" ...... Allahuallam

Jumaat, 1 Mei 2009

Pengorbanan

Setiap hari dan setiap detik mungkin kita akan melakukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, kasih sayang dan sebagainya. Tapi adakah bebaloi setiap pengorbanan yang telah kita lakukan. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui tindakan yang telah lakukan akan kesan dan akibatnya

Aku sendiri sepanjang penghidupan ini amat berterima kasih atas pengorbanan kedua ibubapa ku. Cik yang melahirkan dan ayah yang membesarkan dan memberikan pendidikan sehingga menjadi apa yang KU kecapi kini. Tapi berbaloikah balasan dan pengorbanan aku terhadap kedua ibubapaku? Semoga Allah swt tempatkan keduanya bersama para Nabi dan orang-orang beriman.

Menuntut ilmu perlu banyak pengorbanan rupanya terutama bila sudah berkeluarga. Pengorbanan dari pihak isteri, suami dan anak-anak yang kadangkala terpaksa berjauhan. Namun setiap pengorbanan yang ikhlas pasti penghujungnya ada kemanisan dan kejayaan Insyallah.