Pengarah PPO, En Wahid Abdul Rahman, 59 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam lebih kurang 5.40 petang Isnin, 1 Julai 2013 di
Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit paru-paru berair. Arwah
sebenarnya merupakan pesakit kanser paru-paru yang telah dikesan pada hujung
tahun lepas dan mulai bercuti sakit sejak 19 Disember 2012. Sepanjang
cuti sakit arwah telahpun menerima 6 kali rawatan kimoterapi dan 1 kali
radioterapi. Pada 17 Jun 2013
iaitu sehari sebelum Majlis APC di Terengganu, arwah telah dimasukkan ke
hospital, setelah mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
Sepanjang
2 minggu di hospital rakan-rakan JMG khususnya Ibu Pejabat
bergilir-gilir tidak putus menziarahi arwah. Kami semua kagum dengan
semangat yang ditunjukkan oleh arwah. Jenazah telah selamat dikebumikan
di perkuburan Alam Damai iaitu berdekatan dengan kediaman arwah. Arwah
sepatutnya bersara pada November 2014 telah meninggalkan seorang Isteri dan 4 orang anak.
Pemergian
En Wahid merupakan kehilangan yang besar buat JMG. Telah banyak jasa
beliau dalam memertabatkan Jabatan terutama dalam memantau dan
memastikan kelancaran pejabat JMG negeri. Memang penampilan arwah nampak
garang dan tegas namun sebenarnya arwah merupakan seorang ketua yang
baik hati, rendah diri dan peramah dengan semua orang.
Malah beliau ku anggap selain sebagai ketua juga umpama seorang bapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar.
Kita sedekahkan Al Fatihan buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan