Rabu, 21 Oktober 2009

Tiara dan Abang Pa

Proton Tiara jenama kereta nasional yang kini telah tergolong dalam kelas "antik" kerana bilangan cuma terhad dan spare part juga agak payah nak dapat. Kalau nak beli sekarang depa offer "beli satu dapat satu" or satu pakai satu spare. Aku ada sebijik yang asalnya kepunyaan adik ipar dan disambung bayar kat bank hingga selesai, tapi kat geran tak tukar nama.

Kereta yg tersadai hampir setahun dan sempat ditenggelami air bah hingga paras 3/4 tayar tahun 2004 tapi, Allhamdulillah masih berfungsi setelah dapat sentuhan Abang Pa Pomen, mekanik tetap Tiaraku. Mekanik yg tak jemu2 mengodek tiaraku untuk beberapa pengubahusian sehingga tak meragam lagi terutama radiator yg cepat "panas" menyebabkan suhu naik.

Satu kelebihan pomen melayu terutama Abg Pa ialah amat cermat, teliti dan selagi part boleh pakai selagi tu beliau tak tukar walaupun macam-macam "bunyi" ada. Kalau tukar pun maknanya part tersebut dah lunyailah jawabnya,(tapi kalau mekanik cina tukar on the spot). Ayat yang selalu Abg Pa guna 'aah boleh lagi tahan 6 bulan ko lebih' pakailah dulu, dek kerana itu acapkali Abg Pa datang "menziarahi" aku yg tersadai kat tepi jalan :-( . So dek kerana asyik merepair tiaraku akhirnya Abg Pa beli jugak sebijik... dah jadi geng.

Walaupun kekadang ada sikit masalah kecil tapi memandu tiara ini agak selesa kerana aircond cepat sejuk dan suspension yg baik. Tiara inilah yg kubawa ulang alik dari Kedah-KB, KL-KB-KL dan beberapa perjalanan jarak jauh untuk kerjaluar, sehingga ramai yg hairan dengan ketahanannya... bagi aku dah byk laburkan kat tiara ni so belasah je le... kalau meragam Abg Pa ada.

Tahun 2008 dpt samb belajar kat UPM, tiarapun ikut sama jadi warga kota. Kat sini dapat pomen baru Yakob namanya, antara mekanik terawal bekerja dgn Proton, tapi dah bukak bengkel sendiri. Banyak tips dia bagi pasal tiara, tapi sekali sekala balik KB tiara ni kena g mengadap Abg Pa jugak. Pernah sekali pada Mei 2008 aku bagi tau Abg Pa, gear box bunyi semacam je boleh ke nak bawa g KL nih.... so lepas servis dia kata confirm boleh dan akhirnya sampai ke KL lagi tiaraku. Segala macam bunyi pekakkan telinga sahaja.

Genap hampir 6 bulan, pukul 5.30 pagi dalam perjalan balik setelah mengambil isteriku di stesen bas kajang, tiara tiba2 meragam enjin hidup tapi kereta tak bergerak, tersadai lagi dan akhirnya Yakob dipanggil dan ditunda kebengkelnya. Panggilan talipon dari Yakob menconfirmkan yang gearboxlah masalahnya, ayatnya buat aku terkedu ialah "bang gearbox keta abg ni betul2 dah jadi macam sup gearbox", apa tidaknya bila dibuka rupa-rupanya separuh kandungan minyak telah bercampur air. Yakob pun hairan mana datangnya air.... aku rasa mungkin air bah dulu kut, dan dengan keadaan itulah tiara yg kubawa ke hulu dan ke hilir sebelumnya. Nasib baik tak jadi kat tengah2 perjalanan KL-KB.

Ohh Abang Pa....., walau bagaimanapun itulah major servis terakhir utk tiaraku

Tiada ulasan: