Selasa, 27 Oktober 2009

Tiara : Exchange atau Eksyen

Kalau nak diikutkan pujukan Abg Pa dah lama Tiara aku dijual padanya untuk dijadikan spare part. Namun memandangkan harga jualan teramatlah rendah berbanding kos belian dan penyelenggaraan, maka aku masih menggunakannya, alah lagi pun hutang dah langsai tak kena bayar loan lagi.

Awal tahun ni kerajaan mengumumkan ada program "Exchange" iaitu kereta lama melebihi 10 tahun layak mendapat potongan RM5000 untuk tukaran pembelian kereta Nasional. So kereta lama tu kena lupus. Pikir pun pikir, baik exchange coz kalau jual cara biasa pun tak dapat harga macam tu, tambahan pula dapat kereta baru, orang kelate kata boleh "eksyen" sikit, cuma tambah hutang lagi

Akhirnya jumpa salesman proton dan buat urusan berkaitan namun ada satu masalah lagi coz belum tukar nama kat geran. Oklah tukar nama kat JPJ, sijil lupus kat Puspakom submit semula. Tup tup salesman call, alamak Proton dah buat syarat baru lepas 6 bulan tukar nama baru boleh buat exchange. Aku mengamuk kat salesman kalau dah ada syarat tu bagi taulah awal-awal tak payah aku buat urusan menyusahkan aku, so kena tunggulah lagi

Buat masa ni Tiaraku masih setia bersamaku, nak "Exchange" tak dapat nak "Eksyen" pun melepas...


Tiara posing kat Putrajaya

Tiada ulasan: