Jumaat, 16 April 2010

Peringatan

Semua orang yang dijadikan Allah swt mempunyai kelebihan atau mungkin juga kekurangan masing-masing. Samada kadang-kala disedari atau juga yang tidak disedari. Atau ianya berterusan atau secara tiba-tiba, sekejap dsb.

Ada yang berkebolehan dalam matematik, mengubat orang, meramal, dukun dsb. Aku juga entahlah nak dikatakan kelebihan atau kekurangan tak pasti pulak. Aku juga tidak sedar bilakan timbulnya pekara sebegini atau sejak bila kerana aku tidak merekod atau mencatit setiap kali perkara tersebut berlaku. Tidak pula aku memberitahu pada orang lain kecuali isteriku tapi mungkin diapun tak perasan.

Aku pada mula tidak perasan tetapi apabila ianya kerap berlaku maka baru timbul tanda tanya. Ceritanya begini dan melibatkan soal kematian jua. Setiap kali perasaan aku berdebar yang amat sangat, badan terasa lesu, semua kerja dibuat tak menjadi dan ini biasanya terjadi dalam sehari sahaja. Biasanya bila keadaan begini berlaku bermakna ada keluarga terdekat akan meninggal dunia dalam jangka waktu terdekat. Cuma aku tidak dapat pastikan siapakah keluarga terdekat berkenaan dan tempoh masa tepat kejadian, kebiasaanya berlaku dalam anggaran tempoh masa sebulan.

Alhamdulillah, mungkin juga Allah swt bagi kelebihan ini agar aku sentiasa mengingati mati kerana hidup kita ini hanya sementara. Sampai masa dan ketikanya kita akan pergi meninggalkan dunia ini untuk kembali menemui Tuhan yang Maha Esa.

Cuma adakah cukup sudah bekalan amalan aku selama ini......

Tiada ulasan: