Selasa, 25 Mei 2010

Pesaka

Bila matinya sesorang itu maka yang hidup perlulah menyelesaikan urusan siarwah iaitu jenazahnya,hutangnya dan pesakanya. Pesaka ataupun harta ini telah banyak meimbulkan pelbagai konflik dan perbalahan dalam masyarakat. Walhal kalau difikirkan secara logik apa yang diuruskan adalah harta yang sementara jua, jika kita mati maka ianya jadi hak orang lain pula. Dek kerana nilai yang tak seberapa kita berbalah satu keturunan atau lebih? dan kitaran ini berulang-ulang.

Aku antara yg diamanahkan oleh keluarga setelah ayahnda meninggal untuk menguruskan pesakanya. Sungguh berat tanggungjawab ini rupanya, banyak sungguh urusan, dgn pelbagai kerenah birokrasi dan dek kecetekan ilmu. Tugasan ini menjadi pengajaran yang amat berguna sekali. Hampir setahun setengah berulang-alik, tangguh kes beberapa kali dan macam2 lagi, hampir aku putus asa satu ketika, sehinggalah tanggal 25hb Mei 2010 bersamaan 11 Jamadilakhir 1431, sebahagian besar permasalahan pesaka ini terungkai sudah. Alhamdullilah

Aku amat berterima kasih pada En Sukri Arrifin yg mengendalikan kes ini walaupun kadangkala terasa kasar perkataannya dan perkataan aku juga, tapi itulah hakikat penyelesaiannya. Aku terkesan dgn kata-katanya, "penyelesaian secara faraid adalah lebih baik walaupun secara nyatanya arwah ayah telah secara "tak rasmi" telah menamakan hak pada anak-anaknya". Memang rupanya logik akal kadang-kala tidak boleh mengatasi hukum yang telah ditentukan, terutama yang melibatkan mereka yang dibawah umur (belum baligh).

Kini aku diberi tugasan lagi yang rasanya lebih rumit.... melibatkan lebih daripada 3 lapis faraid. Pesaka yang tidak diselesaikan lebih 25 tahun lalu. Muga Allah permudahkan urusan ku

Pengajaran penting > sebolehnya selesaikan urusan pembahagian semasa hidup lagi, kerana bila dah meninggal ia jadi lebih merumitkan jika tidak diselesaikan segera.

Tiada ulasan: