Sabtu, 14 Ogos 2010

Angin Lintang

Angin Lintang - cerita yang biasa didengar cuma jarang dilihat dan dialami secara "live". Rupanya betul dan tepatlah sebagaimana penceritaan daripada orang-orang tua dan kawan-kawan, malahan arwah ayahanda pun pernah bercerita berkenaan pengalamanya menghadapi angin lintang semasa bertugas di dalam hutan. Arwah ayahnda bertugas sebagai Renjer Hutan.

Hampir dua bulan lalu (Mei 2010- tak ingat tarikh tepat) perkara yang sama telah berlaku di sekitar Rawang. Beritanya disiarkan di dalam akhbar. Cuma diberitakan terdapat angin kuat yang bersama kabus putih menyebabkan bumbung rumah tercabut/terangkat. Walau bagaimanapun aku tidak berada di Rawang semasa kejadian berkenaan kerana bermalam di Setiawangsa.

Esoknya semasa balik dari Rawang ke Sungai Buloh melalui jalan Rawang - Kundang kesan angin lintang ini dapat dilihat pada pokok-pokok disepanjang laluan tersebut. Allahuakbar inilah kebesaran Allah. Pokok-pokok berkenaan menunjukkan kesan "patahan pada pertengahan batangnya" dan tidak seperti biasa jika angin kuat menyebabkan ia tumbang terbungkar dengan akarnya sekali.

Tuan-tuan cuba bayang bagaimanakan angin sedemikian bergerak, adakah ia berpusar? melintang? bagaimana ya.... Tetapi jika diamati angin berkenaan seakan setajam mata pisau mencantas batang-batang pokok yang berada dilaluanya.


Patahan dibahagian tengah batang pokok (bulatan)


Deretan pokok dilaluan angin lintang yang patah

Kalau dahulu hanya didengari yang mengatakan pokok sebesar sepemeluk pun boleh patah, nah sekarang sudah terbukti. Cuma dalam kepala ini sedang memikir secara logik mekanisme angin ini bergerak menyebabkan kesan sedemikian rupa??? Semacam terdapat dua hala angin bergerak di bahagian atas dan bawah secara berasingan mungkin.

Tiada ulasan: