Isnin, 22 Disember 2008

Muhamad Nurhafiz ke Tahfiz Quran


Tanggal 20 Disember 2008, Pengorbanan Abah dan Umi dan anaknda tersayang Muhamad Nurhafiz bagi mendaftarkan diri di Mahaad Tahfiz AN-NUR. Semuga pengorban kita sekeluarga ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Anaknda tersayang,
Umi dan Abah ingin berpesan.,

Jangan sekadar bermula, teruskan perjalananmu. Jangan sekadar berjalan lakukan dengan semangat. Jangan sekadar bersemangat, laksanakan dengan tanggungjawab dan kasih sayang yang cemerlang. Apa yang diperolehi dari kehidupan ini bergantung kepada APA yang di isikan kedalamnya. Semuga tabah dalam apa jua keadaan. Allah swt bersama2 orang2 yang sabar.

Tiada ulasan: