Rabu, 24 Disember 2008

Rumah Ku Syurga Ku




Pelbagai dugaan dan rintangan ditempuhi dan banyak juga kritikan dan juga pandangan bernas dan berguna diterima semasa menyiapkan RUMAH ini. Rumah yang diberi nama ANJUNG SETIA ini mengambil sempena nama bapa mertua iaitu Setia bin Muda. Rumah ini diduduki secara rasminya pada 1 Syawal 1427.

Rumah yang dibina agak tinggi ini bagi mengelakkan daripada fenomena banjir yang sudah menjadi agak lumrah di kawasan persekitaran Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Rumah yang dibina atas iltizam untuk memberi nafas kepada kaum kerabat untuk menjalankan perniagaan.

P.s : Rumah ini masih dalam proses sedikit sebanyak pengubahsuaian

Tiada ulasan: