Isnin, 22 Disember 2008

Pemergian Ayahanda Tersayang Ke Rahmatullah


Tanggal 13 Disember 2008 jam 10.20 malam (sabtu) ayahanda tersayang Haji Abdullah bin Hj. Yusof bin Hj Isa telah kembali kerahmatullah di Hospital Sultanah Zainab. Pemergian beliau didoakan oleh anak2 agar ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin

Penulisan pertama ini adalah penghargaan kepada arwah ayanda yang telah memberikan sepenuh kasih sayang dan pendidikan ilmu kepada semua anak-anaknya agar menjadi insan yang berguna dikemudian hari kelak. Sepanjang hayatnya segala keringat dan wang ringgit hanyalah untuk manafaat anak2 walaupun beliau sendiri terpaksa berjimat cermat.

Amalan murni ayahnda yang banyak bersedekah kepada Masjid dan ulama2 haruslah diteladani oleh anak2. Semuga anak2 turut bersedekah dan niatkan sedekah kepada ayahnda, bonda, keluarga, anak2 dan adik beradik yang lain

Tiada ulasan: