Khamis, 14 Mei 2009

Apa yang jatuh dari siling

Keadaan cuaca sudah menjadi agak tidak menentu sekarang. Bulan Mei biasanya bermulanya musim kemarau di sebelah pantai timur namun hujan masih turun seolah-oleh masih berada di musim tengkujuh. Selang dua tiga hari hujan akan turun samada di sebelah pagi atau petang. Atap rumah yang bocor semenjak musim tengkujuh lalu belum dibaiki, jadi setiap kali hujan turun terpaksa menadah baldi. Dah minta tukang betulkan tak jugak datang-datang, nampaknya kena baiki sendiri

So nak baiki sendiri takut jadi tikus baiki labu, jadi mintak tolong pak saudara sebelah isteri yang di panggil Pok Su umur dalam lingkungan 50 tahun. Gayat juga dok tempat tinggi tambahan pula rumah dua tingkat. Setelah hampir sejam berada di atas bumbung Pok Su bagi tau dia nak betulkan dari bawah bumbung, tak sampai lima belas minit kedengaran bunyi bising seakan kayu patah dan Pok Su menyebut nama Allah beberapa kali diakhiri dengan derap jatuhan pada lantai. Aku yang berada di atas bumbung panik dan sudah menjangkakan yang Pok Su jatuh dari siling. Aku dapat melihat dari atas bumbung, melalui siling yang berlubang dengan Pok Su yang terlentang di atas lantai tak bergerak-gerak.

Aku lantas turun dari bumbung mendapatkan Pok Su yang sudah mula bergerak. Cuba membetulkan badannya dan menanyakan bahagian yang sakit takut ada bahagian yang patah. Alhamdullilah tiada bahagian badan yang cedera atau patah, cuma Pok Su mengadu bahagian paha merasa sengal-sengal kerana masa jatuh tadi secara mengiring di sebelah kanan. Katanya nasib baik tak ada perabut dibahagian lantai kalau tidak tentu lagi parah. Syukur Alhamdullilah kalau tak, tak tahu lah apa akan jadi.

Selepas keadaan agak tenang aku memandang semula ke syiling yang pecah,dengan ketinggian syiling hampir 12 kaki daripada paras lantai, entahlah tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaanya semasa dia jatuh dan tanpa kecederaan dan masih mahu meneruskan kerjanya. Walau bagaimanapun aku memintanya tidak meneruskan kerja dan berehat sahaja.

Di dalam hati dan perasaan aku kagum dengan kekentalan mental dan fizikal Pok Su yang pada aku tidak mengeluh sakit pun semasa aku bertanyakan akan keadaannya. Umur yang dah setengah abad tapi masih kuat untuk buat kerja-kerja lasak. Kalau dibanding dengan aku yang banyak buat kerja-kerja ringan, rasanya kalau jadi macam tentu patah riuk tulang. Malamnya aku menziarahi Pok Su dan kesan jatuh siang tadi dirasainya membuatkan susah untuk berdiri, sengal-sengal di paha. Keadaanya semakin pulih setelah di bawa ke klinik dan berurut. Insyallah semuga cepat semuga kerana masih banyak "Projek" menanti beliau.

Tiada ulasan: