Jumaat, 22 Mei 2009

Antara Yang Tersirat dan Tersurat

Catatan bagi meluahkan pengalaman dan perjalanan hidup yang berlaku sepanjang hampir dua tahun yang lalu iaitu bermula dari penghujung 2006.

Aku menerima surat tawaran melanjutkan pengajian sarjana pada tarikh yang sama keberangkatan aku dan isteri bagi menunaikan rukun islam yang kelima ke Makkah Al Mukaramah iaitu pada 22 November 2006. Panggilan dari Pn. anishah semasa aku berada di Kelana Jaya bertanyakan nak terima tak tawaran ni?... aku pun dalam terpinga2 minta beliau uruskan seadanya, maklumlah kerana kelulusan ini adalah selepas temuduga kali 4 dan umur dah mencapai kouta maximum kelayakan JPA. Aku mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah swt

Selama hampir 44 hari berada di tanah suci aku kembali ke Malaysia pada Januari 2007. Kembali bertugas semula sebagaimana biasa disamping membuat persediaan bagi melanjutkan pengajian serta memenuhi syarat ditetapkan oleh JPA iaitu menghadiri kursus QA di Intan. Oleh kerana tawaran ini adalah untuk keluar negara jadi satu lagi kursus BTN perlu dihadiri. Syarat lain ialah lulus kelayakan bahasa Inggeris iaitu IELTS or TOEFL. Betungkus lumus ambil exam sehingga 4 kali namun masih gagal mencapai kelayakan minimum JPA iaitu skor 6.5 bagi IELTS, aku cuma setakat dapat skor 6.0. Walau bagaimanapun banyak pengalaman dipelajari dan kawan diperolehi sepanjang tempoh berkursus dan exam antaranya "Awang" adalah antara teman sembang agak aktif hingga kini.

Rezeki atau qadha dan qadar telah ditentukan oleh Allah swt cuma kita perlu menilai apakan yang tersirat dan tersurat di sebaliknya. Dalam kes aku ini misalnya sebenarnya tawaran dari ITC telah diterima tetapi syarat dari JPA pula tidak lepas. Maka pohon ke UTAS pula, namun lain pula ceritanya iaitu syarat UTAS tak lepas tapi JPA pula sudah memberikan kelulusan. Aku jadi serba salah, akhirnya setelah perbincangan dengan keluarga dan arwah ayahnda maka aku memilih untuk ke UPM dan mendaftar pada 26 Disember 2007

Antara kata-kata arwah ayah yang masih terngiang ditelinga, katanya 'takpo lah kat malaysia saja pun sebab kalau ada gapo-gapo jadi senang'. Ayah kembali kerahmatulah pada 22 November 2008 iaitu semester kedua aku di UPM atau tepatnya semasa cuti semester kerana ayah berpesan tunggu aku balik baru beliau nak pergi ke hospital. Keadaan beliau sebenarnya terjejas dan uzur iaitu mengalami gastrik dan pening kepala bermula pada pertengahan ramadhan. Alhamdullilah aku sempat menjaga arwah ayah sepanjang tempoh keuzurannya sehingga kembalinya kerahmatullah dan sempat menyelesaikan banyak perkara yang belum sempat disempurnakan semasa hayatnya iaitu semasa tempoh keuzurannya. Ada pelajaran yang dapat dimanafatkan daripadanya, iaitu sebolehnya selesaikan semasa masih hidup terutama berkenaan 'harta'.

Jadi kalau ada yang bertanya kenapa tak ke oversea mungkin ini adalah antara yang telah tersirat dan tersurat kerana hanya Allah yang lebih mengetahui. Kini aku masih lagi di UPM cuba menamatkan pengajian sarjana. Mohon sambung lagi satu semester bagi mencukupkan 4 semester dan kelulusan diperolehi sehingga 15 November 2009, kalau tiada aral 16 November 2009 masuk pejabat semula......

Namun pejam celik pejam celik aku belum lagi start menulis untuk project, literature review hampir saban hari dibaca dan dikumpul. Pesanan dari Dr. Vijay dari wokshop effective writting ; 'do not find time to write but allocate time'. Masalahnya aku banyak allocate time untuk menulis 'hal-hal lain' dari project

Aku sekarang dalam mood 'sprinter' dan bukan lagi dalam mood 'marathon'. Hari-hari mendatang adrenalin aku makin meningkat.....

Tiada ulasan: